"Ja, aku nak jemput ko. Aku nk kawen 5hb 5 ni.. Jemput dtg ye, jemput kawan2 semua"
Terkedu aku, xmampu nak cakap apa2.. Tanpa sedar airmata aku mgalir deras. Entah kenapa aku sedih.. teramat sedih bila dapat pangilan dr sahabat sekolah aku ni. Suami aku ckp sepatutnya aku kena bgembira sbp sahabat aku nak bkahwin, ada org jaga dia lepas ni, dia ada tempat bpaut kasih..
Entahla, hati aku tetap pilu, airmata ni tetap gugur jua.. Rasanya baru semalam arwah pergi. Masih tbayang2 kemeriahan perkahwinan dia & arwah dulu, Masih jelas di mata aku betapa dia sedih dengan pemergian arwah dgn tibe2 akibat kemalangan jalan raya 2 tahun lepas.
Masih terngiang2 kata2 sahabat aku ni, yang tdk mungkin dia akan mencari pganti arwah dlm tempoh tdekat, dia hanya nak mbesarkan 2 org zuriat arwah.. Arwah pergi bukan tinggal dia kosong, sebulan sebelum arwah pergi.. segala KWSP dipindah nama sahabat aku ni sbagai pewaris tunggal, arwah juga beli insurance & letakkan sahabat aku sebagai penama tunggal, arwah meninggal ketika pulang bkerja, jd pihak TNB mbayar pampasan ratusan ribu kepada sahabat aku ni atas kematian arwah, sahabat aku juga dapat pencen RM1,500 setiap bulan seumur hidup wlpon dia bkahwin lagi, anak2 dia dpt claim perubatan shingga usia 21 tahun, & sekiranya anak2 dia bjaya masuk U nanti, automatik anak2 dia akan dpt biasiswa dr TNB.
Kalo nak dhitung tlalu banyak harta yg arwah tinggalkan, kereta dh habis bayar, simpanan ASB bpuluh ribu, insurance, malah rumah sahabat aku juga dh jd mcm mahligai dgn duet pampasan kematian arwah. Keluarga mertua tak ambik satu sen pon duet kematian arwah, sbp paham sahabat aku perlu menyara 2 anak arwah..
Jd, aku rasa ralat bila xsampai 2 tahun sahabat aku ni dh nak bkahwin.. aku xtau kenapa aku rasa sedih, tak memahami ke aku sebagai sahabat dia? bukan kah aku sepatutnya gembira sahabat aku nak kawen? kenapa aku sedih? kenapa airmata aku xhenti mengalir bila dgr suara ceria dia mberitahu persiapan pkahwinan dia? kenapa aku rasa sedih? aku xpunya jawapan....
Dia dh ada zuriat dr arwah, dia ada sumber kewangan yang kukuh, dia dh ada rumah yg besar, dia dh ada pernigaan kedai makan hasil duet pampasan kematian arwah.. Jd apa perlu hadirnya insan lain? Aku cuba letakkan diri aku di tempat dia.. aku ada segalanya hasil dr pampasan kematian suami. kemudian xsampai 2 tahun aku nak gantikan tempat dia dgn org lain?? rumah yang tsegam indah tu aku nak beri org lain masuk? kereta yang dbeli arwah aku nk bagi org lain naik? guna? pandu? keanak2kan kah sikap aku???
Suami aku ckp, andai antara kami dia yang pergi dulu.. dia xnak aku hidup sendiri. Dia nak aku kawen, teruskan kehidupan aku dgn bahagia. Aku xrasa tanpa bkahwin lain aku xakan bahagia... Seboleh mungkin aku xmahu anak aku ada ayah lain selain dr ayah kandung mereka. Aku boleh bahagiakan mereka, aku mampu jaga mereka dgn baik sekiranya aku ada kewangan yg kukuh.. aku xsanggup nak izinkan lelaki lain bkongsi katil yang aku kongsi dgn suami aku skrg. Aku xsanggup nak beri dia melangkah walau setapak kedlm rumah yang dsediakan oleh suami aku skrg, cukupla aku punya zuriat, punya perniagaan sndri & seorang suami smpai hembusan nafas aku yang terakhir.. Andai suami aku pergi dulu biarla dia pergi bsama cinta, kasih & sayang aku... Biarla ianya bsemadi bsama jasadnya tak mungkin ada yang boleh mgantikan tempat dia dihati aku utk selamanya.
Tak ada seorang pun sahabat aku yang setuju dgn pendapat aku, mereka semua bpendapat yang pergi tetap pergi, kita yang hidup perlu teruskan kehidupan ni, berbahagialah sementara punya waktu.. itu pendapat mereka, aku tetap dgn pendapat aku... Aku jatuh cinta hanya sekali & yang sekali itu akan abadi bsama jasad org yang aku cintai. Perkahwinan dlm hidup aku jua hanya sekali, bila akad telah mgesahkan aku milik suamiku maka biarlah akad ni smpai ke akhir hayat aku.. Insya Allah semoga Allah tidak menguji hati aku tentang perkara ini. Aku hanya mahu menjad isterinya sampai akhir nafas aku...