ISU poligami sentiasa hangat dibincangkan yang menjadi duri dalam daging bagi kamus perkahwinan. Apa yang jelas, agama membolehkan kaum lelaki berpoligami dengan syarat layanan mesti adil dan saksama dengan tujuan membela nasib kaum wanita.
Islam membenarkan lelaki berpoligami jika yakin dapat berlaku adil dan membahagiakan isteri-isterinya. Di sini terletak cabaran sebenar suami yang berpoligami.
Takrif adil bukan mudah untuk diukur kerana keadilan yang perlu dilaksanakan bukan sekadar peruntukan kewangan, tetapi yang sukarnya adalah membahagi-bahagikan kasih sayang. Soal berkaitan hati dan perasaan amat sulit untuk dinilai.
Mungkin sebab itu, suami jarang memikirkan perkara ini. Perkara yang sering diketengahkan untuk dijadikan hujah ialah kemampuan dari aspek kewangan dan tenaga kejantanan.
Memang benar, berpoligami dibenarkan dalam Islam. Bahkan, Rasulullah sendiri mengamalkan poligami. Malang sekali kebanyakan suami yang mendasarkan kepada alasan poligami sebagai sunah Rasulullah, tidak pula mementingkan sunah lain dalam kehidupan harian. Malah, mereka lupa untuk mencontohi poligami Rasulullah dari segi sebab berpoligami.
Begitu juga, sebenarnya banyak lelaki tidak faham mengapa Rasulullah berpoligami. Nyata sekali Rasulullah berpoligami bukan atas dasar tuntutan nafsu. Sebaliknya, banyak hikmah sebab Rasulullah berpoligami. Ini memang jarang dituruti (bahkan tidak mengetahui berkaitan poligami Rasulullah) oleh kebanyakan lelaki yang berpoligami.
Dua perkara mengenai poligami Rasulullah yang jarang diketahui oleh lelaki yang mendakwa ingin berpoligami kerana sunah Rasulullah ialah baginda berpoligami hanya sesudah usia 50 tahun lebih. Wanita yang dikahwini itu berstatus janda, kecuali Aisyah yang masih dara. Baginda pernah mengahwini 11 wanita (ada mengatakan 12). Ada beberapa isteri lebih tua daripada baginda.
Nabi berpoligami bukan kerana beralih kasih atau ingin sesuatu yang lebih baik daripada wanita lain. Rasulullah berpoligami bukan kerana tuntutan nafsu. Malah banyak lagi hikmah poligami (berkahwin) yang dilakukan Rasulullah. Antara yang disebut oleh ahli sejarah ialah dari segi pendidikan, hukum, sosial dan politik.
Lalu, apakah kita dapat kaitkan alasan suami berpoligami sekarang sebagai mengikut sunah Rasulullah? Ada yang menyebut sebagai untuk membantu janda, anak yatim, kasihan, tambah zuriat dan macam-macam lagi hanya melupakan alasan dibuat-buat.
Hakikat realiti sekarang, dapat dirumuskan lelaki berpoligami bukan mengikut sunah Rasulullah, tetapi mengikut nafsu, melainkan sedikit saja yang benar-benar mempunyai matlamat jelas selain itu.
Hull Brown Drip Pottery Marks
5 years ago



pilihan ditgn anda..






