Saturday, February 4, 2012

Sekadar Peringatan buat aku & dia..

Hidup kita ni hanyalah pinjaman semata-mata, janganla kita hidup dengan mengkhianati orang di sekeliling kita. Siapa pun dia, apa jua status dia, apa jua situasi kehidupan dia, kita xberhak untuk menghakimi diri orang lain. Siapa la kita untuk menjatuhkan hukum, memberi gelaran-gelaran hina pada orang lain? Hebat benarkah kita di muka bumi ini? Pasti benar kah kita insan mulia? Yakin benarkah yang kita lebih baik darinya? Setiap makhluk tiada bezanya di sisi Allah S.W.T, yang membezakan kita adalah tahap keimanan kita...


Pandang dan nilaila diri kita sebelum kita mencari salah dan silap orang lain, hari ini kita menganiaya orang, hari ini kita menabur fitnah pd orang, hari ini kita bomohkan orang, hari ni kita menghina orang.. tak mustahil esok lusa segalanya akan berlaku pada kita semula. Dunia ni umpama roda, hari ini kita di atas.. esok lusa belum tahu di mana kedudukan kita. Allah tu maha adil terhadap makhluk -makhlukNYA. Mungkin hari ini kita berjaya & puas dengan rasa dendam, iri hati & sakit hati. Tp pembalasan Allah untuk diri kita akan sampai jua.. Lambat & cepat sahaja

Jika satu hari kita di timpa kesusahan, ingatlah apa amalan kita sebelum ini. Jangan mudah kita menunding jari menyalahkan si polan & si polan atas kesusahan kita. Allah tidak menjadikan sesuatu perkara tanpa sebab munasababnya.. Hari pembalasan akan muncul jua.. Insafla selagi pintu taubat masih terbuka...

Hari ini, segala perbuatan kau pada aku.. aku terima dgn redha. Aku yakin Allah menguji ku kerana Allah tahu aku mampu menghadapi semua ini. Aku insan yang hina pd pandangan mata kau berdoa agar jikaternyata tdak benar segala tuduhan yang kau lemparkan pada aku, segala hinaan itu, segala fitnah itu. Aku doakan segalanya akan berbalik kepada kau semula.. Amin...