Sunday, April 22, 2012

.. Doa yg Tulus....

Aku & suami sbrnya menantikan bayi perempuan untuk pgnant ni, memandangkan arwah perempuan jd suami myimpan hasrat yg tsangat tinggi utk dapat gurl lagi. Maka segala keinginan & kemahuan aku dipenuhi dgn sehabis baik. Aku dlayan bagaikan seorang puteri. Shingga kdg2 rasanya tugas memasak pon dh di ambil alih oleh suami. Kebetulan pulak, suami memang hebat memasak maka memang dia lebih banyak mgambil alih tugas memasak dr aku..

Sehinggalah minggu lepas, aku pergi appment mcm biasa di HUKM & kali ni utk detail scan. setelah hampir 1jam 30 minit. Akhirnya doc bjaya mgetahui jantinanya. "InsyaAllah Boy" kata doc. Aku sedikit hampa, perasaan kecewa sedikit terbit dhati aku ketika doc bgtau jantina baby. Kmudian bila aku perhatikan dia di monitor di depan aku, lihat dia tkumat kamit mcm makan pun ada, tgk dia tsenyum, tgk dia mlakukan aktiviti wajib setiap kali jam 10am... solat duha kata doc.. ye benar, setiap kali scan pd lebih kurang 10am - 10.30am dia akan berada dlm keadaan sujud selama bbrapa ketika kmudian bru dia brubah kdudukan...

Hati bdetik, Ya Allah alangkah tdk bsyukurnya aku.. Allah gantikan arwah Ainul secepat ini & hasil dr scan2 yang sllu dbuat kali ni aku mgandung tdk ada msalah langsung. Tp hnya sebab lelaki aku tdk bsyukur??? siapa aku utk mnentukan apa aku nak? Ya Allah ampunilah sikap ku..

Kemudian, bila balik & bgtau pd suami sperti yg telah aku jangkakan dia muram, muka dia jelas kecewa. Shingga dia langsung xbertanya apa2 bkenaan appment pd hari tu. Aku kecil hati dgn sikap dia, menitis air mata bila aku kenangkan sikap dia ketika itu.

Kemudian, seorang sahabat mnasihati aku yg katanya mungkin suami hnya tkejut & spontan sikapnya jd begitu. Xpe kata sahabat aku td berila peluang pd dia, nti dia mesti bfikir & dia akan sedar sikap dia td xpatut..

Alhamdulillah, bangun je tido dia dtg pd aku & minta maaf atas kelakuan dia. Bila tgk mata aku yang bengkak dia lagi rasa bsalah.. huhuhu hasilnya kena la pau Sate Station malam tue!!! hahaha

Rezeki Allah, kita sebgai hamba-NYA terima la dgn hati yg tbuka. Ada sebab kenapa Allah menjadikan sesuatu perkara dlm hidup kita. Dlm tempoh aku mgandung kali ni, ada beberapa project yang aku buat. & Alhamdulillah tanpa dsangka2 aku mendapat durian runtuh bkali2 ganda yg mana boleh aku ckpkan tak termimpi seumur hidup aku untuk mdapat rezeki sebanyak ini. Namun, takdir Allah, rezeki Allah siapa yg tahu..

Alhamdulillah pd rezeki ini.. shingga bos & partner mgelar anak aku sebgai anak emas. huhuhu alhamdulillah rezeki Allah bagi utk aku kongsi bsama2 org sekeliling aku. Cuma aku bdoa jgnla wujud perasaan tamak, hasad dengki, sombong & bangga diri dlm hidup aku & suami aku.. Mintak Allah jauhkan sikap2 demikian.. Aku & suami dh bsetuju rezeki ni rezeki Allah hantar melalui anak aku ini & sebagai ibubapa kami akan cuba utk bkongsi rezeki ini dgn golongan2 yang selayaknya..

Aku juga bnazar jika project ni closed deal aku akan bpuasa selama seminggu. & suami pula bnazar sekiranya project ni closed deal dia akan belanja murid2 sekolah dia 2 kelas dgn KFC 2 ketol seorang. sbp ceritanya dia mintak budak2 kelas mdoakan kejayaan dia utk project ni & bangun seorang budak lelaki " cikgu, kami doakan semoga cikgu bjaya closed deal..Amin" 2 biji kelas m'aminkan doa tsebut. Alhamdulillah berkat doa dr anak2 murid, ibunya, kawan2, keluarga akhirnya kami bjaya closed deal.

Jadi nazar tsebut harusla kami tunaikan, cuma part aku akan aku tunaikan selepas Muhammad Qayyum ni lahir.. skrg dh xlarat sbp asik lapar je huhuhu.. Alhamdulillah syukur ya Allah...

Tuesday, April 17, 2012

---Secebis Pendapat---

"Ja, aku nak jemput ko. Aku nk kawen 5hb 5 ni.. Jemput dtg ye, jemput kawan2 semua"

Terkedu aku, xmampu nak cakap apa2.. Tanpa sedar airmata aku mgalir deras. Entah kenapa aku sedih.. teramat sedih bila dapat pangilan dr sahabat sekolah aku ni. Suami aku ckp sepatutnya aku kena bgembira sbp sahabat aku nak bkahwin, ada org jaga dia lepas ni, dia ada tempat bpaut kasih..

Entahla, hati aku tetap pilu, airmata ni tetap gugur jua.. Rasanya baru semalam arwah pergi. Masih tbayang2 kemeriahan perkahwinan dia & arwah dulu, Masih jelas di mata aku betapa dia sedih dengan pemergian arwah dgn tibe2 akibat kemalangan jalan raya 2 tahun lepas.

Masih terngiang2 kata2 sahabat aku ni, yang tdk mungkin dia akan mencari pganti arwah dlm tempoh tdekat, dia hanya nak mbesarkan 2 org zuriat arwah.. Arwah pergi bukan tinggal dia kosong, sebulan sebelum arwah pergi.. segala KWSP dipindah nama sahabat aku ni sbagai pewaris tunggal, arwah juga beli insurance & letakkan sahabat aku sebagai penama tunggal, arwah meninggal ketika pulang bkerja, jd pihak TNB mbayar pampasan ratusan ribu kepada sahabat aku ni atas kematian arwah, sahabat aku juga dapat pencen RM1,500 setiap bulan seumur hidup wlpon dia bkahwin lagi, anak2 dia dpt claim perubatan shingga usia 21 tahun, & sekiranya anak2 dia bjaya masuk U nanti, automatik anak2 dia akan dpt biasiswa dr TNB.

Kalo nak dhitung tlalu banyak harta yg arwah tinggalkan, kereta dh habis bayar, simpanan ASB bpuluh ribu, insurance, malah rumah sahabat aku juga dh jd mcm mahligai dgn duet pampasan kematian arwah. Keluarga mertua tak ambik satu sen pon duet kematian arwah, sbp paham sahabat aku perlu menyara 2 anak arwah..

Jd, aku rasa ralat bila xsampai 2 tahun sahabat aku ni dh nak bkahwin.. aku xtau kenapa aku rasa sedih, tak memahami ke aku sebagai sahabat dia? bukan kah aku sepatutnya gembira sahabat aku nak kawen? kenapa aku sedih? kenapa airmata aku xhenti mengalir bila dgr suara ceria dia mberitahu persiapan pkahwinan dia? kenapa aku rasa sedih? aku xpunya jawapan....

Dia dh ada zuriat dr arwah, dia ada sumber kewangan yang kukuh, dia dh ada rumah yg besar, dia dh ada pernigaan kedai makan hasil duet pampasan kematian arwah.. Jd apa perlu hadirnya insan lain? Aku cuba letakkan diri aku di tempat dia.. aku ada segalanya hasil dr pampasan kematian suami. kemudian xsampai 2 tahun aku nak gantikan tempat dia dgn org lain?? rumah yang tsegam indah tu aku nak beri org lain masuk? kereta yang dbeli arwah aku nk bagi org lain naik? guna? pandu? keanak2kan kah sikap aku???

Suami aku ckp, andai antara kami dia yang pergi dulu.. dia xnak aku hidup sendiri. Dia nak aku kawen, teruskan kehidupan aku dgn bahagia. Aku xrasa tanpa bkahwin lain aku xakan bahagia... Seboleh mungkin aku xmahu anak aku ada ayah lain selain dr ayah kandung mereka. Aku boleh bahagiakan mereka, aku mampu jaga mereka dgn baik sekiranya aku ada kewangan yg kukuh.. aku xsanggup nak izinkan lelaki lain bkongsi katil yang aku kongsi dgn suami aku skrg. Aku xsanggup nak beri dia melangkah walau setapak kedlm rumah yang dsediakan oleh suami aku skrg, cukupla aku punya zuriat, punya perniagaan sndri & seorang suami smpai hembusan nafas aku yang terakhir.. Andai suami aku pergi dulu biarla dia pergi bsama cinta, kasih & sayang aku... Biarla ianya bsemadi bsama jasadnya tak mungkin ada yang boleh mgantikan tempat dia dihati aku utk selamanya.

Tak ada seorang pun sahabat aku yang setuju dgn pendapat aku, mereka semua bpendapat yang pergi tetap pergi, kita yang hidup perlu teruskan kehidupan ni, berbahagialah sementara punya waktu.. itu pendapat mereka, aku tetap dgn pendapat aku... Aku jatuh cinta hanya sekali & yang sekali itu akan abadi bsama jasad org yang aku cintai. Perkahwinan dlm hidup aku jua hanya sekali, bila akad telah mgesahkan aku milik suamiku maka biarlah akad ni smpai ke akhir hayat aku.. Insya Allah semoga Allah tidak menguji hati aku tentang perkara ini. Aku hanya mahu menjad isterinya sampai akhir nafas aku...

Friday, April 13, 2012

... Hanya aku yang Mengerti...

Hanya Allah shja yang tahu betapa aku sayangkan ayah, sebab dia satu2nya orgtua yang aku masih ada, arwah mak dh pergi meninggalkan aku hampir 11 tahun yang lalu.. & Hanya Allah shja yg memahami betapa aku rindukan ayah, rindukan senyuman dia, leteran dia, ye kerinduan yang aku tanggung ni hanya Allah yang maha mengetahuinya..

Perlu ke aku war2kan di Fb betapa aku rindukan ayah, perlu ke aku copy & paste artikel ttg bakti seorang anak thadap orgtua sedangkan hakikatnya apa yang di copy & paste tu diri sendri xpernah ikhlas melakukannya... Jika sekadar pulang ke kampung hanya sekadar syarat, belum pun panas punggung dah nak btolak ke rumah sanak saudara yang sebenarnya dh awal2 pasang hajat di KL nak bkelah, main boling & bsuka ria.. Kalo la benar ikhlas hati kerana orgtua kenapa di tinggalkan orangtua tu di rumahnya? kenapa? begitu ke yang di katakan berbaktilah semaksima mungkin???

Kalo benar nak berbakti semaksima mungkin, jika cuti tu 4hari maka 4hari la kita pulang bersama orangtua, balik mnebas semak samun, kalo perempuan tu kemas la dapur @ rumah orangtua kita tu, sapu segala habuk yang ada, memasak makanan yg special spanjang di kampung, penuhkan peti sejuk dgn lauk2, penuhkan kabinet dgn brang2 kering, bukannya balik mhabiskan beras, request makan mcm2, lepas tu duduk goyang kaki, si tua ni la duk kelentang kelentung memasak kat dapur, mata dh tangkap ada habuk atas kabinet tp buat2 buta seketika, bila mandi pulak, campak je baju dalam mesin basuh & si tua ni la duk pulas la mesin basuh tu basuh baju kita anak beranak! siap jemur & lipat!!! memang bagus!!! kalo mcm tu la cra balik ke kg rasanya xpayah balik pun tak apa! sbp balik hanya utk buat si tua tu penat melayan kita yang mcm lahir dlm dulang emas nie...

Jd sebelum kita ni nak ckp apa2, nak label org mcm2 kita cuba selidik diri kita dulu.. kalo diri sendri pun tak betul tak payah la sibuk nak perbetulkan orang, orang punya sebab yang tsendiri kenapa sesuatu tu blaku, mengingati orang tua bukan hanya dgn balik ke kampung, dr jauh kita sentiasa doakan kesihatan dia pun dikira sebagai mengingati juga, kalo mulut je ckp ingat, sayang tp solat pon jarang dh tu bila nk bdoa yer? bila nk doa suh orangtua kita panjang umur, murah rezeki, ampunkan segala dosa2 dia.. tak semestinya kasih sayang tu perlu di zahirkan melalui perbuatan...



Wednesday, April 11, 2012

...Fahamilah aku walau hanya sekali...

Hurm.. sedih bila orang tak pernah tanya & ambik berat tapi tiba2 kuarkan isu.. Kenapa manusia suka menjatuhkan hukum tanpa selidik hujung pangkal dulu?? Bukan ke setiap manusia dlm dunia ni berhak untuk mempertahankan diri?? Entahla, kdg orang lebih senang mletakkan satu kesalahan di bahu orang lain tanpa menyelidik kenapa perkara tersebut boleh berlaku? dmana silapnya sehingga perkara tu berlaku? & bagaimana untuk menyelesaikan perkara yg telah berlaku? Bukan kah itu lebih baik dr kita menambah bebanan yg di pikul???

Setiap perkara yg berlaku tu ada sebab musababnya, jangan sewenang-wenangnya kita mjatuhkan hukum @ membuat kesimpulan dr apa kita lihat dengan mata kita. Percaya @ tidak kdg kala penglihatan bisa menipu & membuat kita keliru lalu salah sangka??

Hanya aku yang melaluinya, aku yang merasa peritnya, aku yang melalui semua derita ni, & aku tidak pernah sekalipun menyalahkan sesiapa atas apa yang telah berlaku. Aku yang memilih jalan ini & aku bertangjawap atas segala kekecewaan yang aku lalui. Cuma aku minta secebis pengertian fahamila situasi aku.. Amat melukakan jika darah daging sendiri yang mempersoalkan semua ini...

Tuesday, April 10, 2012

...REZEKI ADIK...

Dalam duk serabut2.. tbe2 kawan aku bgtau hajat seseorang. katanya kakak dia bru bsalin 3 bulan lepas, skrg kakak dia fikir utk ikat peranakan kerana dh ada 4 org anak. Makanya dia ada banyak barang2 baby yg masih baru & dh xboleh guna sbp anak dia cepat membesar. Nak dsimpan mmg xguna dah barang tu semua, nak di buang sayang pula sbp barang2 tu masih baru. Jd kakak dia suruh la kawan aku ni tanya apakah aku sudi menerima pemberian dia yg xseberapa. Memandangkan aku blm start shoping barang2 baby, so akak ni nak hadiah semua kelengkapan babynya untuk aku, sekiranya aku setuju dia akan hantar semua barang2 tu ke rumah aku... dia bertanya dulu sbp katanya sllu kalo anak pertama ni org nak semua baru..

Pd aku, sekiranya masih boleh di gunakan tidak menjadi salah aku guna. Sbpnya skrg pun brang2 akak aku pun banyak yg dia bagi pd aku. Jd aku just tambah sikit2 sahaja & skrg bila kakak kawan aku tu nak kasi barang2 baby dia aku terima je, rezeki yg dberi jgn di tolak. Aku bkn org yg demand nk barang2 mewah & serba baru sahja.. aku xkisah..

Budject untuk barang2 keperluan baby tu mgkin aku akan simpan utk beli brang2 lain pulak nanti.. Alhamdulillah aku terima pemberian tu.