Saturday, September 24, 2011

~Kiriman Seorang Teman~

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:




~Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.



~Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
~Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.



~Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.



~Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.


Note: Impak Ainul, spanjang 1 Minggu & 5 Hari dr 84.5kg - 75kg... Aku rindu....

Friday, September 23, 2011

..Rindu bertandang lagi....

Td aku tidor kemudian tbe2 aku tjaga & teringatkan arwah Ainul. Mengigatkan Ainul airmata aku tumpah.. Sungguh aku rindu, rindu yang teramat sangat. Kdg aku myesal sbp pergi scan yg akhirnya mbawa kepada punca masalah Ainul diketahui.. Kalo aku xpergi scan tentunya Ainul masih bsama aku, menari riang dalam perut aku.. Ainul sayang ibu.. Ibu rindu sayang..

Diam-diam aku menages sambil geget bantal supaya tangisan ni mampu aku sembunyikan dr suami yang nyenyak tidor. Aku sebenarnya penat, penat sangat dgn tempoh berpantang ni. Berpantang sendirian memang mbuatkan kadang aku rapuh..

Awal pagi kena mandi air panas, kena btungku selama sejam, kena pakai pilis, kena pakai bengkung yg sangat myesakkan nafas aku!! kmudian baru aku sarapan pagi. Itupon suami aku bising sbp aku sllu srapan makan biskot & cicah teh o shaja! Hencik suami ku sayang, yg nyata aku sbenarnya makan hanya kerana kamu... apa saja yg aku makan smuanya rasa sama. Jam 6 petang baru aku boleh buka bengkung ni. Perghhhhhhh lega sangat! rasa mcm belon besar yg ditiup kmudian dlepaskan ikatannya! Lega!!! kemudian aku perlu mandi sbelum jam 7malam, kmudian aktiviti bertungku pon bmula! btungku selama sejam, kmudian pakai bengkung balik & baru makan mlm. Menunya Ikan masin talam, nasi panas & lada hitam yg dtumbuk2.. Kalo ikotkan tekak mmg aku dh tak mampu! Tapi semuanya demi memuaskan hati suamiku...

Sekarang dh jam 2.15pagi.. mata aku masih cerah. Esok aku nak pergi jumpa Ainul. Rindu aku tlalu sarat pd Puteriku yang satu itu.. Tnggu kedatangan ibu & ayah sayang..

Wednesday, September 21, 2011

~~~~Rasa~~~~

Kehilangan Ainul satu-satunya permata hati yang kami sangat-sangat nantikan kehadirannya telah membuatkan kami dihambat kesedihan yang sangat mendalam. Luaran suamiku nampak sangat tabah & redha dengan dugaan yang menimpa kami di saat ini. Namun, airmatanya yang tumpah menjawap segalanya. Aku faham, kesedihan yang bersarang di dalam hati suamiku kerana aku juga punya rasa yang sama. Aku juga sedih dengan pemergian Ainul...

Sejak pemergian Ainul, hidup aku berubah 100%.. aku sebenarnya masih terkejut & sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak kesayanganku telah pergi untuk selamanya. Melalui hari-hari pantang bersendirian cukup menyiksakan. Hari terlalu lambat berlalu, keadaan sekeliling umpama mati bagi aku, aku melayan lara dihati aku sehingga aku abaikan suamiku, Ya Allah betapa berdosanya aku mengabaikan perasaan suamiku.

Sepanjang seminggu sejak aku pulang dari HUKM, suamiku tak pernah merungut dengan sikapku, Segala keperluan aku akan dia siapkan sebelum dia keluar bekerja. Awal pagi dia akan panaskan tungku, memastikan aku dalam keadaan sihat kemudian akan keluar bekerja. Pada waktu dia tak ada kelas, dia akan pulang ke rumah untuk memastikan aku makan @ menemani aku makan. Sedangkan aku langsung tidak bertanya adakah dia sudah makan @ belum, minum @ tidak. Ya Allah, suamiku masih sabar menghadapi sikap aku yang tidak mengendahkannya.

Suamiku yang satu ini sentiasa berusaha untuk mengembirakan aku walau aku tahu hatinya juga berduka. Namun, dia bijak menyembunyikan perasaannya. Suamiku berpura-pura ceria, ketawa & mengusik aku setiap kali dia membantu aku memakai korset & menyarungkan stokin di kakiku.. Aku bertuah punya suami yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan aku walau dia juga dalam kesedihan..

Hari ni, genap seminggu pemergian puteri kesayanganku, dengan sokongan suami, rakan-rakan & keluarga aku nekad untuk bangun dari kesedihan ini. Bila aku nyatakan hasratku pada suamiku dia menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Sememangnya inilah yang dia harapkan dari aku sejak pemergian puteri kami.

Suamiku mengharapkan agar aku kembali menjadi isterinya yang ceria, yang suka mengusik & bergurau. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan kesabaran dalam diri suami ku untuk berhadapan dengan sikapku. Aku berjanji untuk mengubah sikapku, menerima semua dugaan ini dengan penuh redha. Sekurang-kurangnya aku masih ada suamiku yang sentisa di sisi aku menyokong & sentiasa sabar dengan sikapku. syukur Alhamdulillah..

Buat anakku Ainul Mardhiah,
Kehadiranmu sangat bererti dalam kehidupan ibu & ayah, kami sangat-sangat berbanga dengan semangat kentalmu sayang, biarpun jodoh kita tidak panjang. Namun, ibu & ayah percaya satu masa kita akan bertemu lagi. Meskipun dirimu telah pergi namun ibu & ayah tidak akan sekalipun lupa padamu walaupun kami akan ada pegantimu kelak.

Sayangku Ainul,
Bersemadilah dengan aman sayang, doa ibu & ayah semoga rohmu ditempatkan dikalangan insan-insan terpilih di sisi Allah. Al-Fatihah buat Bidadari Syurgaku...

Tuesday, September 6, 2011

..Satu Pemergian yg abadi...

Rasanya baru semalam aku dibuai khabar gembira tentang kehadiran si kecil ini dalam diriku, si kecil yang sedang membesar dlm rahimku.. Saban hari perasaan teruja sukar utk aku kikis & pendam dgn kehadiran si kecil ini. Kalo dulu, setiap kali search internet pelbagai perkara aku selongkar tp setelah aku dapat berita kehadiran si kecil ini.. segala apa aku search hanya bkaitan dgn si kecil aku ini. Besar harapan aku & suamiku utk myambut si kecil ni..

Namun, segala kegembiraan aku btahan hanya 6 bulan sahaja, Hari ni 6 September 2011 aku dpt berita yg meragut hampir seluruh semangat aku. Saat Doctor beritahu berita tu aku rasakan seolah2 ada batu besar yg mhempap diriku aku shingga aku tpaksa di papah oleh beberapa doctor. Sungguh tidak ku jangka semua ini akan blaku. Krn sepanjang tempoh kehamilan ni, aku dapat rasakan denyutan si kecil ini semakin lama semakin aktif & kerap. Tapi ketentuan Ilahi menjangkau impian & angan2ku utk melihat si kecil ini lahir dgn selamat.

Menurut kata doctor si kecil ku ini tidak mempunyai tempurung kepala, si kecil ku ini meghidapi Anencephaly di mana bahagian tempurung kepalanya tidak seperti bayi- bayi normal yang lain. Andai si kecil ini lahir ke dunia ini sekali pun dia tdak akan mampu hidup. Luluh hati aku tak kala mdengar penerangan doctor bkenaan si kecil ku ini.

Aku telah mjangkakan sesuatu yg buruk kerana doctor agak cemas semasa melakukan scan ke atas aku, kemudian dtg 3, 4 org doctor yg turut melakukan pemeriksaan rapi, kemudian aku disuruh ke bilik bersebelahan utk melakukan scan 3D utk mendapat gambaran yg lebih jelas. Semasa doctor mlakukan scan tue aku dpt lihat dgn jelas si kecil ini bgerak dgn sgt aktif!! aku melihat wajahnya, matanya, hidungnya, semuanya lengkap & sempurna. Paling tak boleh aku lupa aku melihat mulut si kecil tkumat kamit seolah2 sedang makan sesuatu.. Subhanaallah airmata aku gugur tanpa sedar melihatkan si kecik ku.

Namun senyuman aku mati di saat seorang doctor perempuan dtg mhampiri aku dan mnepuk lembut bahuku

"Puan, sya harap puan byk2 bsabar. stiap apa yg blaku pasti mpunyai hikmah yg tsembunyi. Bayi puan tpaksa kita gugurkan demi keselamatan puan. Mgikut scan kami, Bayi puan tdk mpunyai tempurung kepala...."

Makin lama, suara doctor tu makin jauh dr pendengaran ku..

Melihat suami ku, segala rasa yg ada sudah xmampu ku bendung lagi. themburla segala tangisan yg ada dlm hati aku. Ya aku sedih, teramat sedih, hancur luluh hati & perasaan aku. Dunia seakan bhenti bputar, segalanya gelap aku rasakan.. mujurla suami ada mberi kata semangat wlaupon aku dpt mlihat matanya bkaca2.. wlaupon kaki ini lemah utk melangkah tp aku masih myimpan harapan agar masih ada peluang untuk si kecik ku ini.

Namun penerangan doctor mematikan segala harapan ku. Esok aku akan di masukkan ke wad utk melahirkan si kecik ini & aku terpaksa mbiarkan dia pergi wlau tanpa kerelaan ku. Mungkin si kecik ini juga tahu hakikat kenyataan ini, sekarang dia semakin aktif bgerak di dalam rahimku. setiap kali aku merasa pegerakan dia setiap kali itulah airmata ini pasti menitis. Esok semua keindahan ini akan berakhir..

Tak dpt aku mbayangkan si kecik ku yg aktif ini akan pergi esok, kalo si kecik ini pergi dgn sendiri mungkin sedih aku tidak seteruk ini. Tp ni aku sendiri sudah tahu akan pemergian si kecil ku ini.. Ya Allah, aku mohon berilah aku kekuatan utk aku mhadapi smua ini, Tabahkanla hati kami suami isteri. Cuma aku mohon agar diberi kesempatan utk aku menatap wajah si kecil ini untuk kali pertama & terakhir.. aku nak mcium si kecil ini utk utk pertama & terakhir kali...

Ibu doakan semoga baby tenang di sana.. Ibu & ayah sayangkan baby..