Thursday, December 29, 2011

Kehadiran Insan Baru

Alhamdulillah, akhirnya aku dsahkan pgnant semula!!! Syukur Ya Allah... Dlm bgembira dgn berita ini masih tselit jua perasaan takut... takut peristiwa arwah Ainul brulang kembali. Tak sanggup lagi aku nak menghadapi kejadian itu. Cukupla sekali... Terlalu perit & pedih nak melaluinya..

Aku bharap kandungan aku kali ini akan sihat, cergas, & selamat lahir ke dunia ini seperti bayi - bayi yang lain. Aku sangat2 mharapkan kehadiran si kecil ini untuk mengubat luka di hati aku, Alhamdulillah doa aku dmakbulkan Allah..

Ainul,
Walaupun ibu & ayah sudah ada adik Ainul ini, Ainul tetap yg istimewa di hati kami. Kwujudan Ainul tetap kami hargai & akan kami ingati selamanya. Ainul anugerah yg paling hebat utk ayah & ibu, kehadiran Ainul & pemergiaan Ainul membuatkan ibu sedar betapa dalamnya kasih sayang ayah pd ibu. Ayah byk bkorban & banyak mbantu ibu mhadapi saat perit pemergian Ainul. Tlalu banyak kenangan yg sukar dlupakan setelah pemergian Ainul.. Ayah sangat setia di sisi ibu sayang.. Kita beruntung memiliki dia dlm kehidupan kita..Alhamdulillah..

Sunday, December 11, 2011

...Rasa...

Bkali-kali aku mbisikan pada diri aku sendiri arwah tenang & aman di sana, namun kenapa setiap kali tu perasaan aku jd makin sayu??? hati aku pedih sgt2 utk terima hakikat yg dia sudah pergi..pergi untuk selamanya..

Ada seorang kawan mencadangkan supaya aku cepat2 mgandung kali kedua agar terubat kerinduaan ni, ye memang itu yg aku aku harap2kan sekarang tapi jauh di sudut hati aku risau, aku takut.. takut perkara sama akan berulang kembali.. aku betol takut sebenarnya.. takut kehilangan lagi.....

Wednesday, December 7, 2011

---Boring---

Mlm ni teramat2 boring, hajat dhati nk kemas rumah kejap lg. Nak gantung gambar kawen yg dh setahun xbgantung lagi hihihi pemalas sungguh!!! sbrnya tgh xde mood sbpnya kerja stay blm dpt lagi. Dh hantar resume dkat beratus2 dh tp satu pun xde panggil interview..Sedih betol..

Tp ari ni, buat ptama kali setelah sbulan ada dpt pangilan suh dtg interview esok. Ada 2 interview kat Jln Raja Chulan & kat Tmn Maluri. Harapnya2 dptla kerja yg sesuai. Dpt je kerja ni xde ar pening kepala sgt. Sbrnya wlaupon sjak jd surirumah ni mmg tsgtla boring. Tak xtau nk buat apa. Hari demi hari rasa lambat blalu.

Cuma skrg dh agak pandai memasak, berkat belajar dgn Cik Melah. Alhamdulillah byk dia ajar , masak, mjahit, mgait & asas mgaji juga! Semoga Allah sntiasa mlindungi & merahmati khidupan beliau. Amin...

Okla, mahu start mengemas rumah (harap2nya betol la jd mgemas hihihihi)

Saturday, December 3, 2011

..Selamat Ulangtahun Sayang....


Hari ini merupakan hari ulangtahun pkahwinan sue yg ptama. Alhamdulillah dh setahun kami mlayari bahtera pkahwinan ini, tlalu byk suka, duka, pahit & manis sepanjang playaran ini & syukur juga pd Allah sbp kami masih mampu btahan mskipun jenuh dihempas badai... Syukur Alhamdulillah...

Semoga pkahwinan ini akan kekal sehingga ke akhir nafas kami bdua. Insya Allah.. Semoga segala impian, harapan, kebahagiaan, kmurahan rezeki sentiasa melingkari perkahwinan kami berdua..

Suamiku,
Hadirnya dirimu bagaikan satu sinar,
menerangi diriku yg kgelapan,
Hadirmu membawa sejuta kebahagiaan pd ku,
Terima kasih suamiku,
Kerana sudi menerimaku sebagai isterimu,
Sudi menyanyangiku dgn setulusnya,
Sentiasa bersabar dgn sikapku,
Sentiasa memaafkan aku stiap kali aku myakitkan hatimu,
Seumur hidupku aku percaya...
Tak akan ada lelaki lain akn myintaiku sperti dirimu,
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ptama...
Aku bjanji setiap hembusan nafas ini
Setiap dengupan jantungku ini,
Setiap langkahku ini,
Dirimu sentiasa menjadi keutamaanku..
Terima kasih sayangku...

Thursday, December 1, 2011

Nak Biz on9 ar

Hurmmm sue tpikir2 apa biz yang boleh buat dr rumah, sebenarnya dh malas nk kluar bkerja Tp dsebabkan keadaan ekonomi kami suami isteri belum stabil maka sue harusla kluar bkerja bagi mbantu mgurangkan beban pbelanjaan. Memang la Hencik suami mampu tanggung tp agak xbest jugak la sbp xda duet sndri. Nak beli lipstick pon kena mintak duet dr Hencik suami ermmm xbest langsung & kdg2 tu segan juga nk mintak itu & ini..

Td search internet tgk ramai jgk org buat biz on9 ni, mcm2 diaorg jual dr peralatan rumah, pakaian baby, JAMU pon ada hihihi, yg penting kena smart & rajin la kot rasa. Hurmmm aku ni kamera lak xde, esok nak p baiki hp la sbp kualiti hp tu agak ok jgak. So blh snap pakai hp je. Esok ngat nk g kedai baju kt bawah flat ni nak mintak sewa baju2 dia kejap. Nak snap pic then jual kt internet. Buat pmulaan ni mungkin sue akan jual base on order je sbp nak beli tau lagi cam mana penerimaan org ramai kan? so try dulu.. If ok sue ngat nk pergi Sarawak cri baju kebaya, telekung sulam, langsir bagai utk jual. Sana byk pilihan.. & kalo murah rezeki mungkin akan ke BANDUNGGGG (wahhh angan2 makcik xhengat hokeh!!!)

Hurmmm pmulaan modal mungkn dalam RM500 - RM1,000. Kalo biz on9 ni ok & bjalan dgn baik rasanya xnak la kerja dah kt luar. Nak kerja dr rumah je. Nanti mana la tahu ada rezeki dpt baby boleh jaga sendri! Hurmmm sbpnya niat sue ni kalo boleh xnak hantar anak pergi nursery. Sue berangan2 nak jaga anak sndri, lihat anak mbesar sendri, how sweet kan??

So skrg mau survey blog2 yg buat biz on9, nak tgk mcm mana rupa blog tu & tgk cam mana proses yg mereka buat utk biz on9 ni. Siapa2 kawan kt luar sana yg ada idea @ apa2 cadangan ke, nasihat ke apa2 la tentang biz on9 ni bolehla kongsi dgn sue kt ruangan komen tu ye.. Jasa baik anda sgtla sue hargai..

*

---Salam Maal Hijrah-----

Rasanya masih belum terlambat untuk mgucapkan salam Maal Hijrah buat teman2, pembaca blog ini (hihihi ada ke?) & semua muslimin & muslimat...

Sempena tahun baru yang amat mulia ini, sue sama seperti orang lain di luar sana memasang niat untuk berubah ke arah kebaikan. Insya Allah selepas ni sue nak mulakan frasa hidup baru dgn semangat baru. Semoga ALLAH merestui niat sue ni.


Tahun ni, sue berniat untuk melakukan perubahan dlm beberapa perkara :-


1) Seboleh mungkin cuba untuk penuhkan waktu solat 5 waktu
2) Nak bhijab dgn lebih cantik (maksudnya pemakaian yg cantk..bkn sya yg cntik hihihi)
3)
Belajar masak & rajin mencuba resepi baru utk hubby
4) Tak nak degil2 & tak nak peningkan kepala hubby lagi :-P
5) Nak BABY!!!!!!

Insya Allah, semoga semuanya akan dperkenankan oleh ALLAH. Ya ALLAH lindungilah kami suami isteri, keluarga kedua belah pihak, rakan2, muslimin & muslimat sekalian, sejahterakanla kehidupan semuanya..amin...
Italic

Monday, November 14, 2011

----PeNiNgLaH-----

Pening kepala dgn biz partner aku....Dia tu skrg mcm gila kuasa pon ada! dh la smua kerja suh aku buat, pastu dia bg arahan je. Kerja yg patut dia buat xsettle jgk. Bila aku bising dia terasa!! kan ke biz partner? kenala sama2 trun padang, sama2 buat kerja! bru la panggil biz partner! ni dia mcm nk jd sleeping partner. Padahal duet yg kluar byk lg duet aku! aku la patutnya bg arahan kt dia!! eee geram sgt aku!!

Aku dh start bosan sbrnya! ni dh masuk 3minggu setting tp apa pon blom siap, at least 70% pon dh ok spatutnya.. ini hanya 30% je!! itu pon hasil kerja aku & suami aku!! Hurmm entahla, malas dh nak teruskan...bosanla buat kerja dgn org yg xde komitment ni.. mlepak smpai 4-5am. Pastu pagi2 smua urusan tgendala. Pergi masuk office nk settle kerja jam 3pm! manala sempat?? kalo aku tegur marah! tp dia buat kerja mcm taik! ermmm entahla!!!

Skrg dia masih kt Perak, kata nk balik xbalik2 jgk. Aku balik kg & suh dia settlekan kerja dia, sudahnya bila aku balik KL & trun site haram satu apa pon xjadi!! mcm mana aku tnggal masa balik kuantan ari tu mcm tu jgkla keadaannya skrg! bodola dia ni..sakit hati aku.. mcm nk tikam je perut dia!!! bodo la dia...

Monday, October 31, 2011

..wehuuu habis pantang dah....

Alhamdulillah dh habis pon pantang.. Huhuhu padahal pantang yg sebenar2nya (btungku, bstokin, makan jga) hnya 3 minggu je..selebihnya pantang jgk..pantang jumpa hahahha..

Boring ar pantang sorng2.. opsss stop cerita bab pantang nti sedih pulak hihihi (skrg aku emo ok), xlama lagi aku akan start bkerja mcm biasa, kembali aktif & kembali sibuk mguruskan pekerjaan aku & harusla kembali kelam kabut mgatur kehidupan.

Hujung minggu ni raya haji, xtau nak balik ke x :-P. Aku selalu mcm ni, bila duk KL mls balik kg bila dh balik KG mls pulak balik KL. entah penyakt apa ntah aku ni.. Tp rsanyamgkin balikla kot sbp kwan2 plan nk gath raya haji ni. Lgpon naik je raya msti bz gile dgn kerja & aktiviti kt KL ni entah bila pulak blh balik xtau la.. so kalo balik pon mybe khamis la kot xpon pagi jumaat.. Tgk kdaanla.. Apapon sblm balik harusla ke pusara Ainul dulu.. Then balik KG akan ke pusara arwah mak pulak...hurmmm

Aku nk pikir positif je skrg, walau kdg-kdg aku gagal utk jd org yg positif & org yg bsemangat waja mcm sblom ni tp aku akan cuba slow2 utk bangun & jadi diri aku yg sebelum ni. BERSEMANGAT & YAKIN!!!

Sunday, October 16, 2011

...Kembali melangkah....

Alhamdulillah sedar xsedar lagi seminggu dh nak habis pantang, syukur juga sbp aku dh pulih dr trauma kehilangan puteri kesayanganku.. Skrg bila pergi kubur aku dh boleh senyum & tdk menitiskan airmata lagi.. Aku yakin Allah melindungi Ainul Mardhiah di sana..Insya Allah..

Kehilangan Ainul banyak mbuka mata aku utk menghargai insan2 dsekeliling aku.. Kehilangan Ainul jgk buat aku kenal siapa kawan yg sentiasa bsama aku utk tawa & tangisan. Alhamdulillah segalanya bjalan dgn pantas & skrg aku sudah mampu bdiri semula. Bangun mhadapi kesedihan yg tlalu dalam ini. Bak kata suamiku segalanya yg blaku ni ada hikmah yg tsembunyi bsama masa & waktu segalanya akan tsingkap jua nanti.. Insya Allah...

Saturday, September 24, 2011

~Kiriman Seorang Teman~

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:




~Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.



~Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
~Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.



~Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.



~Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.


Note: Impak Ainul, spanjang 1 Minggu & 5 Hari dr 84.5kg - 75kg... Aku rindu....

Friday, September 23, 2011

..Rindu bertandang lagi....

Td aku tidor kemudian tbe2 aku tjaga & teringatkan arwah Ainul. Mengigatkan Ainul airmata aku tumpah.. Sungguh aku rindu, rindu yang teramat sangat. Kdg aku myesal sbp pergi scan yg akhirnya mbawa kepada punca masalah Ainul diketahui.. Kalo aku xpergi scan tentunya Ainul masih bsama aku, menari riang dalam perut aku.. Ainul sayang ibu.. Ibu rindu sayang..

Diam-diam aku menages sambil geget bantal supaya tangisan ni mampu aku sembunyikan dr suami yang nyenyak tidor. Aku sebenarnya penat, penat sangat dgn tempoh berpantang ni. Berpantang sendirian memang mbuatkan kadang aku rapuh..

Awal pagi kena mandi air panas, kena btungku selama sejam, kena pakai pilis, kena pakai bengkung yg sangat myesakkan nafas aku!! kmudian baru aku sarapan pagi. Itupon suami aku bising sbp aku sllu srapan makan biskot & cicah teh o shaja! Hencik suami ku sayang, yg nyata aku sbenarnya makan hanya kerana kamu... apa saja yg aku makan smuanya rasa sama. Jam 6 petang baru aku boleh buka bengkung ni. Perghhhhhhh lega sangat! rasa mcm belon besar yg ditiup kmudian dlepaskan ikatannya! Lega!!! kemudian aku perlu mandi sbelum jam 7malam, kmudian aktiviti bertungku pon bmula! btungku selama sejam, kmudian pakai bengkung balik & baru makan mlm. Menunya Ikan masin talam, nasi panas & lada hitam yg dtumbuk2.. Kalo ikotkan tekak mmg aku dh tak mampu! Tapi semuanya demi memuaskan hati suamiku...

Sekarang dh jam 2.15pagi.. mata aku masih cerah. Esok aku nak pergi jumpa Ainul. Rindu aku tlalu sarat pd Puteriku yang satu itu.. Tnggu kedatangan ibu & ayah sayang..

Wednesday, September 21, 2011

~~~~Rasa~~~~

Kehilangan Ainul satu-satunya permata hati yang kami sangat-sangat nantikan kehadirannya telah membuatkan kami dihambat kesedihan yang sangat mendalam. Luaran suamiku nampak sangat tabah & redha dengan dugaan yang menimpa kami di saat ini. Namun, airmatanya yang tumpah menjawap segalanya. Aku faham, kesedihan yang bersarang di dalam hati suamiku kerana aku juga punya rasa yang sama. Aku juga sedih dengan pemergian Ainul...

Sejak pemergian Ainul, hidup aku berubah 100%.. aku sebenarnya masih terkejut & sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak kesayanganku telah pergi untuk selamanya. Melalui hari-hari pantang bersendirian cukup menyiksakan. Hari terlalu lambat berlalu, keadaan sekeliling umpama mati bagi aku, aku melayan lara dihati aku sehingga aku abaikan suamiku, Ya Allah betapa berdosanya aku mengabaikan perasaan suamiku.

Sepanjang seminggu sejak aku pulang dari HUKM, suamiku tak pernah merungut dengan sikapku, Segala keperluan aku akan dia siapkan sebelum dia keluar bekerja. Awal pagi dia akan panaskan tungku, memastikan aku dalam keadaan sihat kemudian akan keluar bekerja. Pada waktu dia tak ada kelas, dia akan pulang ke rumah untuk memastikan aku makan @ menemani aku makan. Sedangkan aku langsung tidak bertanya adakah dia sudah makan @ belum, minum @ tidak. Ya Allah, suamiku masih sabar menghadapi sikap aku yang tidak mengendahkannya.

Suamiku yang satu ini sentiasa berusaha untuk mengembirakan aku walau aku tahu hatinya juga berduka. Namun, dia bijak menyembunyikan perasaannya. Suamiku berpura-pura ceria, ketawa & mengusik aku setiap kali dia membantu aku memakai korset & menyarungkan stokin di kakiku.. Aku bertuah punya suami yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan aku walau dia juga dalam kesedihan..

Hari ni, genap seminggu pemergian puteri kesayanganku, dengan sokongan suami, rakan-rakan & keluarga aku nekad untuk bangun dari kesedihan ini. Bila aku nyatakan hasratku pada suamiku dia menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Sememangnya inilah yang dia harapkan dari aku sejak pemergian puteri kami.

Suamiku mengharapkan agar aku kembali menjadi isterinya yang ceria, yang suka mengusik & bergurau. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan kesabaran dalam diri suami ku untuk berhadapan dengan sikapku. Aku berjanji untuk mengubah sikapku, menerima semua dugaan ini dengan penuh redha. Sekurang-kurangnya aku masih ada suamiku yang sentisa di sisi aku menyokong & sentiasa sabar dengan sikapku. syukur Alhamdulillah..

Buat anakku Ainul Mardhiah,
Kehadiranmu sangat bererti dalam kehidupan ibu & ayah, kami sangat-sangat berbanga dengan semangat kentalmu sayang, biarpun jodoh kita tidak panjang. Namun, ibu & ayah percaya satu masa kita akan bertemu lagi. Meskipun dirimu telah pergi namun ibu & ayah tidak akan sekalipun lupa padamu walaupun kami akan ada pegantimu kelak.

Sayangku Ainul,
Bersemadilah dengan aman sayang, doa ibu & ayah semoga rohmu ditempatkan dikalangan insan-insan terpilih di sisi Allah. Al-Fatihah buat Bidadari Syurgaku...

Tuesday, September 6, 2011

..Satu Pemergian yg abadi...

Rasanya baru semalam aku dibuai khabar gembira tentang kehadiran si kecil ini dalam diriku, si kecil yang sedang membesar dlm rahimku.. Saban hari perasaan teruja sukar utk aku kikis & pendam dgn kehadiran si kecil ini. Kalo dulu, setiap kali search internet pelbagai perkara aku selongkar tp setelah aku dapat berita kehadiran si kecil ini.. segala apa aku search hanya bkaitan dgn si kecil aku ini. Besar harapan aku & suamiku utk myambut si kecil ni..

Namun, segala kegembiraan aku btahan hanya 6 bulan sahaja, Hari ni 6 September 2011 aku dpt berita yg meragut hampir seluruh semangat aku. Saat Doctor beritahu berita tu aku rasakan seolah2 ada batu besar yg mhempap diriku aku shingga aku tpaksa di papah oleh beberapa doctor. Sungguh tidak ku jangka semua ini akan blaku. Krn sepanjang tempoh kehamilan ni, aku dapat rasakan denyutan si kecil ini semakin lama semakin aktif & kerap. Tapi ketentuan Ilahi menjangkau impian & angan2ku utk melihat si kecil ini lahir dgn selamat.

Menurut kata doctor si kecil ku ini tidak mempunyai tempurung kepala, si kecil ku ini meghidapi Anencephaly di mana bahagian tempurung kepalanya tidak seperti bayi- bayi normal yang lain. Andai si kecil ini lahir ke dunia ini sekali pun dia tdak akan mampu hidup. Luluh hati aku tak kala mdengar penerangan doctor bkenaan si kecil ku ini.

Aku telah mjangkakan sesuatu yg buruk kerana doctor agak cemas semasa melakukan scan ke atas aku, kemudian dtg 3, 4 org doctor yg turut melakukan pemeriksaan rapi, kemudian aku disuruh ke bilik bersebelahan utk melakukan scan 3D utk mendapat gambaran yg lebih jelas. Semasa doctor mlakukan scan tue aku dpt lihat dgn jelas si kecil ini bgerak dgn sgt aktif!! aku melihat wajahnya, matanya, hidungnya, semuanya lengkap & sempurna. Paling tak boleh aku lupa aku melihat mulut si kecil tkumat kamit seolah2 sedang makan sesuatu.. Subhanaallah airmata aku gugur tanpa sedar melihatkan si kecik ku.

Namun senyuman aku mati di saat seorang doctor perempuan dtg mhampiri aku dan mnepuk lembut bahuku

"Puan, sya harap puan byk2 bsabar. stiap apa yg blaku pasti mpunyai hikmah yg tsembunyi. Bayi puan tpaksa kita gugurkan demi keselamatan puan. Mgikut scan kami, Bayi puan tdk mpunyai tempurung kepala...."

Makin lama, suara doctor tu makin jauh dr pendengaran ku..

Melihat suami ku, segala rasa yg ada sudah xmampu ku bendung lagi. themburla segala tangisan yg ada dlm hati aku. Ya aku sedih, teramat sedih, hancur luluh hati & perasaan aku. Dunia seakan bhenti bputar, segalanya gelap aku rasakan.. mujurla suami ada mberi kata semangat wlaupon aku dpt mlihat matanya bkaca2.. wlaupon kaki ini lemah utk melangkah tp aku masih myimpan harapan agar masih ada peluang untuk si kecik ku ini.

Namun penerangan doctor mematikan segala harapan ku. Esok aku akan di masukkan ke wad utk melahirkan si kecik ini & aku terpaksa mbiarkan dia pergi wlau tanpa kerelaan ku. Mungkin si kecik ini juga tahu hakikat kenyataan ini, sekarang dia semakin aktif bgerak di dalam rahimku. setiap kali aku merasa pegerakan dia setiap kali itulah airmata ini pasti menitis. Esok semua keindahan ini akan berakhir..

Tak dpt aku mbayangkan si kecik ku yg aktif ini akan pergi esok, kalo si kecik ini pergi dgn sendiri mungkin sedih aku tidak seteruk ini. Tp ni aku sendiri sudah tahu akan pemergian si kecil ku ini.. Ya Allah, aku mohon berilah aku kekuatan utk aku mhadapi smua ini, Tabahkanla hati kami suami isteri. Cuma aku mohon agar diberi kesempatan utk aku menatap wajah si kecil ini untuk kali pertama & terakhir.. aku nak mcium si kecil ini utk utk pertama & terakhir kali...

Ibu doakan semoga baby tenang di sana.. Ibu & ayah sayangkan baby..

Monday, March 28, 2011

.. Nilai sebuah persahabatan & kemewahan...

Dah bkali2 aku tegur, dengan cra baik dgn cra kasar tp aku tak nampak apa12 perubahan pon. Mungkin pada pandangan dia aku ni pun bukan baik sangat so tak layak nk nasihat dia. Aku sebenarnya tidak pernah berniat nk kondem dia sbp dia kwan baik aku sejak dr zaman sekolah. Aku kalau boleh tak nak tengok dia hanyut lebih jauh.. Aku bimbang andai ajal menjemput dia ketika dalam keadaan yang tidak sepatutnya.. Dia kawan aku, maka aku rsa sangat risau...

Kalo boleh aku nak tarik dia kembali ke pangkal jalan, tp aku tak berupaya krn yang menarik tu hanya aku. Sedangkan yang menolak dia lebih ramai. Tambahan pula pasangan dia juga tak suka dia bkawan dgn aku. Dengan alasan aku ni perempuan kolot, tak sporting, budak kampung, & paling sebal dia ckp sbp aku kwan dgn orang tua maka aku pon mcm makcik2 bawah block.

Salahkah aku jika aku mnegur apa yg betol? Aku pernah baca 1 artikel dalam tu ada myatakan sekiranya kita tahu sesuatu kemungkaran & kita hnya mendiamkan diri & mbiarkan kemungkaran tu terus blaku maka kita bkongsi sedkit saham dgn mereka yg melakukan pbuatan tsebut. Aku xnak kongsi saham neraka. Dia yg dapat sedap aku yang dapat dosa! apa kejadahnya?

3 bulan lepas masa dia bgaduh dgn BF dia, ada coll ckp nk dtg rumah nak tenangkan fkiran. Dia ada ckp yg bsama BF dia tak ada ketenangan yg dia dpt. Dia tetap rasa sunyi wlaupon duet dlambakkan pd dia. Aku bgtau dia yg hilang sebenarnya ada pedoman.. Aku nasihat dia kembali pd jalan ALLAH, solat & insya allah dia akan tenang wlaupon brada dlm kdaan yg sukar. Pd mulanya dia memang terima apa yg aku ckp. Sampai dia sms aku katanya nk belajar solat tp nk ambik wuduk pon dh tak ingat step & dia tak ada telekung sembahnyang. Atas dasar psahabatan aku sgt2 bsyukur akhirnya Allah buka hati dia utk brubah. Maka aku dgn gigihnya ptg tu balik je dr office terus ke masjid jamek utk beli telekung & sejadah buat hadiah kawan aku tu..

Dia janji nk dtg dlm jam 8mlm.. lepas isyak dia masih xdtg, aku sms tnya dia kt mana katanya kejap lg dia dtg.. kmudian jam 9mlm....10mlm... smpai Mr.K habis tuisyen dia ajak aku teman dia makan tp sbp aku dh janji dgn kawan aku tu maka aku suh dia tapau shaja.. akhirnya smpai jam 2am aku tnggu dia xmuncul2. sms pon tidak. coll pon tidak.. Sudahnya telinga aku pedih dengar leteran Mr.k katanya kalo dia betul2 nk berubah awk xperlu bsusah payah dia sndiri akan dtg xperlu awk nk ingatkan dia bkali2.. ckup2lah, awk dh lakukan tugas awk selebihnya tserah kat kawan awk tu.. biarkan lah dia...

Aku sbenarnya sedih sgt2.. bila dia susah, bgaduh dgn BF dia bru dia dtg rumah aku. Bjanji nk berubah, bjanji nak insaf atas apa yg dia buat skrg. Tp xsmpai 4jam bila BF dia coll pujuk rayu & janji bwak g club & blh minum apa shja & blh ambik apa shja pil yg dia nak terus dia mlompat2 nk balik. Masa tu aku ckp apa pon dh xbekesan.. sedih aku..sangat2 sedih sebenarnya.. knpa aku xbjaya utk sedarkan dia? kdg aku rasa aku gagal jd kawan yg baik utk dia. Sebab aku xmampu nk buat dia sedar? aku gagal sebagai seorang kawan.

Mr.K ckp dgn aku, start dr ari smlm dia dh xnak dengar aku nasihat apa2, komen apa2 kt fb, jemput dtg rumah or apa2 bkaitan kawan aku tu. Alasan Mr.k utk mdapat hidayah dr Allah kita sndri yg perlu mcari. Cara kita, plakuan kita tu sendri kena mdorong hidayah tu datang. Mr.K marah sbp baru2 ni kawan aku tu ckp dia belum dpt hidayah utk kembali ke pangkal jalan. Mlalui seorang rakan sekolah juga aku dpt tahu yg kawan aku ni ckp aku dh xnak kawan dgn dia, ye dia sedar dia xsebaik aku, dia jahat, dia minum, dia kaki clubing tu sbp aku xnak kawan dgn dia dah.. Aku tkejut dgr smua ni.

Selama hari ni, aku tak bkwan dgn dia ke? slama hari ni bila gath sekolah siapa yg sllu pujuk kawan lain utk bg dia join sama? selama ni siapa yg sllu mintak kawan2 lain bg dia pluang utk brubah? Di saat smua kwan2 sekolah boikot dia dkenduri kawen teman sekolah siapa yg layan dia, hidangkan makanan utk dia & BF di knduri tu? siapa? siapa? bukan aku budak kampung ni ke? bukan aku yg kolot ni? aku sgt2 kecewa & sedih dgn apa yg dia fikir. Aku bukan buang dia, tak..tak pernah sekali pun aku buang dia sbgai kawan. Tp kalo kehadiran aku ni hanya sebagai sampah dlm hidup dia utk apa aku hadir? Aku hanya mganggung pjalanan hidup dia. Aku budak kampung yang kolot. Mana setanding dengan dia. Aku hanya makan di gerai tepi jalan mana setanding dgn dia yang makan di restauran2 mewah, aku hanya duduk di rumah flat mana setanding dgn dia yg duduk di kondo mewah. Aku hnya ada VIVA mana setanding dgn dia yg memandu fairlady, BMW, Swif...aku hnya mampu beli basikal BMX..

Sebenarnya bkn aku yg tak nak kawan dia..tp sbp aku budak kampung yang kolot memang tak mampu nak bgandingan dengan dia.. aku bterima kasih atas nilai persahabatan selama 14 tahun ni.. Semoga ALLAH melindungi kau sahabatku..

Tuesday, March 15, 2011

..Pls stop it la.. rimas aku...

Smlm masa nk balik Mr.Ong teman aku smpai kt kereta sbp mamat tu tnggu aku kat bawah. Kebetulan smlm hujan lebat sgt2. So smpai je bawah aku terus lari masuk kereta. Masa jalan kt bawah tu aku ada nampak 2 org lelaki tp xpasti yg mana satu mamat tu. Tp ada sorng lelaki pakai kemeja putih & spec kat area kereta aku, dia tgh bckp kat hp. Tp aku wat xtahu je.. lps aku masuk kereta ada 1 sms masuk

"awak.. knpa laju sgt? sya cuma nk jumpa awk sekali je. Sya nk face to face dgn awk. Lps tu if awk xnak kawan sya xpe sya xkan ganggu awk smpai bila2 dh. Tp sblum tu sya nk jmpa awk sekali je"

Knpalah dia xfaham, bkali2 aku dh ckp aku dh bpunya. Dia pnh coll & K yg angkat. Tp dia diam je xckp pon. Kalo ikot logik dia blh tahu pe aku ni single ke x. Kalo aku single apa kejadahnya lelaki yg angkat? ni bkn zaman dulu ayah angkat coll anak.. hurmm knpa la dia xpaham2 bhasa? K dh warning aku habis minggu ni aku kena settle hal ni, if xboleh dia sndri akan jmpa budak tu. Aku xrasa smua akan ok bila K yg jumpa budak tu.. knpala budak ni cri masalah?

Hari ni, pagi2 lawyer aku bg nasihat kt aku. katanya

" yg penting skrg hubungan u. Better u jgn layan jantan tu, u bgtau dia prempuan lain rmai lagi so better stop ganggu u. Bgtau dia u bkn single lg so jgn cri masalah. If dia stay kacau u, lawyer akan hantar surat pd majikan dia. I xnak benda ni smua akan jd mganggu tumpuan u pd kerja & pd hbgan pribadi u. So jln tbaik skrg ialah u jgn layan jantan tu. Bila u start tnya mana dpt no hp u, knpa suka u, knpa itu & kenapa ini..u memang dh cipta masalah baru. The best way is u bgtau yg u bkn single & stop kacau u if dia xnak ada masalah dgn psgan u. dia nk ckp apa nk buat apa itu dia punya hal. U jgn risau sue, if anything happend we all akan protect u. Kami lawyer mcm2 kita boleh buat. So bgtau dia last warning stay away.."

Hurm.. aku sbrnya dh ckp jgn ganggu aku. Tp dia buat xtau jgk. Aku sbrnya mls nk ambik port. Sbp bg aku btepuk sblh tgn xkan bunyi...

Monday, March 14, 2011

..Pening kepala aku..

Sjak 2,3 ari ni ada org coll aku. Katanya nama dia Amier. Dia kerja area office aku. Wlaupon aku ckp aku dh kawen anak 2 org tp dia tetap gak nk coll & sms aku. Dia ckp kawan je xsalah. Gile! kalo la betul aku ni ada anak 2 tp msih nak kawan mmg cri nahas la kot..

Bila aku tnya mana dia dpt no hp aku, katanya dia mulanya nak letak name card dia kt cermin keta aku tup2 dia tgk kt kereta aku ada no hp. Dia ambik la. Memang kt dashboard keta aku tu ada no hp aku, tujuan aku letak situ spaya if kereta aku block keta org then senang org nk contack aku bgtau.. itu tujuan aku. Bukan utk bkenalan or sesaja nk buh situ sbrnarnya..

Mula aku dpt coll tu "dia" xde la mrah sgt pon , dia just ckp "u xlayan xde jadi apa" tp bila org tu asik coll aku, asik sms lastnya dia naik angin la.. then masa hp aku bunyi dia angkat dulu. Budak tu diam je xckp.. pastu dia letak! hurmm naik angin la mamat ni..xlarat telinga aku nk dengar dia membebel..Adoiii salah aku ke, kalo org coll or nak bkenalan dgn aku?

Ni pagi ni, aku dh naik opis ada 1 sms masuk "selamat pagi, maaf mganggu awk semalam. Suami awk yg angkat ye? ok lps ni sya coll awk masa office hour je blh kan?" aku rasa dia ni memang dh gile kot!!! ada jgk org nak kena makan nasi bubur ni gayanya...lantak ko la...

Ari ni aku tsgt2 mgantuk sbp smlm hp asik bunyi je, smpaila aku off hp! pening!!! agaknya lelaki ni sangap kot!!

Thursday, March 10, 2011

..Wang kdg buat manusia jd huru hara..

Bulan lepas xsilap, aku ada tsalah hantar document pd client. ceritanya mcm ni Hencik A beli rumah untuk Puan Z. masa nk balik tu dia pesan bkali2 dgn aku jgn silap hantar docment aku angguk je sbp masa tu kerja mmg byk. So smpai waktu aku kena hantar docment Hencik A plak. Masa tu aku dh start cnfius mana 1 alamat nak hantar sbp ada 3 alamat yg bbeza. So utk cnfirm aku coll Hp Hencik A tp xdpt, so aku coll plak hp Puan Z pon sama gak xdpt. Then belek2 file tu jmpa 1 lg cntck number.. So aku pon coll no tu. then terangkan apa tujuan aku. Si pemangil ni pon bgtau suh aku hantar doc tu kat alamat Shah Alam. Sblum ni dia pnh beli rumah guna khidmat pguam kami jgk so file Shah Alam msih ada la.. Jd dgn tanpa rasa bsalah aku send la doc tu By hand kerumah Shah Alam

Tup2 selang 3 hari kmudian, Hencik A dtg marah2 katanya aku cuai. sbp doc tu aku silap send. Dlm kpala aku lor kan ke rumah dia jgk so apa masalahnya? Shah Alam ke Damansara Height bkn jauh sgt pon.. Lastnya Puan Z bgtau doc tu aku hantar ke rumah Bini tua Hencik A sdgkan rumah tu Hencik A beli utk Puan Z!!!! Gulp... telan air liur je la aku!!!

Then bila aku coll Puan B lak dia xmo kasi doc tu! mampos aku.. Doc tu perlu di sain kalo x nti lambat kena panalty pulak!!! masalah2.. pening otak aku! maka bperangla mereka!!! sbpnya isteri tua xtau yg dia dh ada madu!!! mau x hangin member tu.. hohohoho maka kejadian ni aku la puncanya!!!! kena la marah dgn client & bos aku gelak bdekah2 kat aku!!!! aku diam je la

Hari ni punya crita pulak, si suami tu nak jual dh rumah isteri tua sbp isteri tua nk rumah sma mahal dgn bini muda! pulak dah!!!! sdgkan yg rumah mahal tu suami kasi Rm100K je, yang RM150K lg bini muda dia yg tambah! aku pon xtau dia kerja apa sbp dia dtg naik X5 tu!!! gile la cun!!!! hohoho..

Pastu pagi ni purchaser dtg la nk sain doc tu, sblum ni kat doc tu nama Hencik Hakimi nak beli rumah tu tp ada surat lawyer lain yg mgatakan hencik hakimi ni beli on behalf aku pon xpaham apa cerita! rupanya isteri muda beli rumah isteri tua tu!!!!! dia yg beli!!!! Td dia dtg bawak duet cash!!! dia tnya "u nak cash or cek?" sikit pon dia xpandang muka Hencik A.. pastu ada la sdkit ptengkaran yg dmulakan isteri tua tp isteri muda dia ckp " i xbminat nk ckp apa2 dgn both of u. nak ckp apa2 ckp dgn my lawyer' pastu dia sain agreement dia terus blah... Hencik A mcm nk ikot tp Puan B jeling smpai nak juling mata hahaha...

macam2 hal manusia dlm dunia ni kan? aku kdg pelik dgn smua org yg datang office ni. Mcm2 ragam. skrg aku tertanya2 knpa Puan Z beli rumah tu? Td sblum dia balik dia ckp dgn aku "sue, hati2 ye jgn salah send doc lg ok.. rumah tu dh jd milik sya so smua doc sila hantar ke alamat office sya" aku angguk je.. Dia cantik, bgaya, kaya & sopan.. lengkap aku tgk Puan Z tp knpa dia kawen dgn suami org ek? Dia kaya pe.. baik la dia kawen dgn org bujang @ duda ke xsakit2 kepala.. hihihi mana aku tau dia sakit kepala pulak? memandai je aku kan? hohohoho

.. Manusia mcm2 ragam..

Geram sgt rasa bila bhadapan dengan orang yg suka-suka hati buat peraturan sendiri!!

Bila dia buat satu keputusan yang orang lain rasa xpatut dia buat, dia nak orang paham knpa kptusan tu dibuat. Bila org xpaham & salahkan dia, mula la dia ckp orang xduduk tempat dia xtahu mcm mana rasanya dia..

TAPI yg aku xpaham kenapa bila aku buat keputusan yang sama dgn dia, duduk dlm situasi yang sama dgn dia, mhadapi perkara yang sama dgn dia tp dia boleh xfaham kenapa aku buat keputusan tu! Siap ckp aku xboleh buat keputusan tu..

Biasala aku memang orang yg terima bulat2 pkataan "tak boleh". If xboleh mesti ada sebab. knpa xboleh? knpa dia boleh? knpa aku xboleh? sbp apa xboleh? apa bezanya aku dgn dia? Apa istimewanya jd dia hingga dia boleh buat kptusan tu? Apa kurangnya jd diri aku smpai aku xboleh buat keputusan yang sama?

Bila aku persoal, dia ckp aku pusing2 cakap.. Sori la bro aku bukan ppuan tepi jalan yg boleh ko pusing2.. kalo ko nak pusing ckp dgn aku pastikan smua fakta ada dgn kau dulu bru mai lawan cakap dgn aku.. sbp aku hnya boleh terima Fakta!


Tak payah la nk jd ketam.. diri sendri pon jalan xbetul ada hati nak suh org jalan betul.. Aku marah sbp dia bagi aku alasan yg sgt xmunasabah! Dia blh buat kt orang tapi org xboleh buat kat dia... Bagusnya! selamat la hidup kau kan!! sudahnya dia cakap aku malas nk dengar, aku diam je sbp malas nk cakap. Cakap pon tak ada apa2 faedah pon aku dapat. So if ko ada aku layan je la, if xde depan mata jgn harap la aku nk btanya khabar.. pandai2 la nk hidup.. orang pandai xboleh di ajar2 sgt kan marah pulak.. so tpulang la pak cik Doll ikot ko la.. nak jadi apa pon..xherang setarang pong.. dok hilang secupok berah pong kalo dok layang mu.. kot panda mu la..malah aku nok carre

Wednesday, March 9, 2011

Plan hari ni

Aku suka sgt tgk warna hijau kt blog ni.. Aku rasa damai.. hari ni xde apa nk tulis pon sbrnya just nak taip suka2 hati je la.. xpe la ini kan my blog so boleh je la asalkan xtaip pasal isu2 sensitif.

Petang ni, plan nk keluar minum dgn anaconda tp xtau jadi ke x. Skrg katanya dia on the way to pejabat agama utk daftar kursus kawen esok & lusa. Smlm dia dh pergi, awal2 aku pesan suh pkai tdung & bju kurung tp kawan aku tu degil katanya bkn nk p kursus pon.. ok suka hati ko la..sudahnya dia coll ketawa "eh betul la ckp u! i kena halau balik suh i pakai tdung & bju kurung bru dtg smula" hahaha hambik kau, aku ckp xnak dengar..

So ari ni dia p sekali lg, kali ni lengkap dgn btudung. Tau pon nk pakai! petang ni mcm nk pergi bsuh kereta sbp dh nazak sgt kotoran keta tu aku tgk. Dh cm belacan dh rupa kereta aku. Tp dlm masa yg sama today msti kena masak & siapkan baki asgment yg tnggal tu. Mlm ni mesti siapkan sbp esok boleh edit & print out kalo sempat boleh terus hantar!

Tuesday, March 8, 2011

..Selamat Hari Wanita..

Hari ni pagi2 dh dpt msg "Selamat hari wanita, semoga awk bhagia dgn plihan awk. Doa sya mgiringi pjlanan hidup awk.. " Terima Kasih Zaiful. Semoga satu masa awk juga akan btemu seseorang yg baik utk menemani perjalanan hidup awk.. terima kasih krn masih & sentiasa mhargai diri sya.

Hari ini hari wanita! Betapa bahagia dan gembiranya seorang wanita yang bgelar isteri & ibu. semoga satu masa aku akan bgelar seorang ibu juga.. memiliki putera & puteri yang comel utk mhiasi hidup aku. Alangkah bahagianya dan lengkap kehidupan aku jika aku memilikinya. Aku yakin ALLAH tahu apa yg tbaik utk kami bdua. Masa itu pasti akan tiba jua nanti. Insya Allah..

Monday, March 7, 2011

.. Nak mulakan langkah baru...

Semalam seharian lepak dgn kak gee.. bcerita mcm2.. last2 kak gee buka cdgan invite aku jd partner dia utk buat biz kedai makan. skrg kak gee dh ada 2 buah restaurant. Since aku minat dgn biz ni kak gee offer aku jd bisness partner dia! Then bila bincang dgn Cik abg pon dia setuju.. sgt2 stuju & pasal modal dia akn kasi aku utk buat biz ni dgn kak gee. Alhamdulillah aku happy sgt2

So now! tugas aku cri kedai utk dsewa. Plan aku buka kedai dulu dlm 4 @ 5 bulan tgk mcm mana pjlanan biz ni, if ok sbulan aku blh dpt income aku RM2k aku nk bhenti kerja & buat fully biz ni. Kak gee punya target nak masuk tander kanten. Dulu dia dpt tander tp dia xsmpat nk handle kedai & cntraction cmpny dia. Tp skrg since dia dh dgn aku, dgn cik abg aku, & cik abg dia maka kami wat kptusan nk buat team biz. dr lepak2 kosong. Stelah pbincangan panjang lebar smua stuju!

Mgikut pndapatn kak gee, paling skit sehari collection dia RM1k. sbulan??? kira la.. Kak Gee nasihat aku katanya biz makan xkan rugi, manusia sntiasa akan makan. Masak sedap + murah + promosi bagus + lokasi strategik Insya ALLah blh bjaya. Kalo x tak kan la kak gee bhenti kerja lps masuk biz ni. Skrg dia fully fokus pd biz makan ni slain biz cntraktor dia yg rancang tu. Aku nekad tahun ni aku nak kerja sungguh2.. mls nk ambik pusing hal remeh temeh.. nak cri duet je this year!

Pagi ni pulak kawan baik aku coll tnya kedai kt area umah aku dia nk sewa katanya, bila aku tnya dia ckp dia nk buka SPA xnak kerja dh.. Wah btambah la smangat aku nk buat biz, Aku akan buat sungguh2 aku xkan sia2 modal yg dia bg pd aku.. kalo kak gee blh buat sorng diri knpa aku xboleh buat sbp dia bantu aku sntiasa skong aku & kak gee akan tlg aku dr A-Z.. so aku kena yakin!!!!!

Friday, March 4, 2011

.. Masak perlu Rajin...


Td tngok blog zue, hihi menjadi zue bikin pizza! syabas la zue!! ko buat aku bsemangat lagi. Tp buat masa ini xlah aku nk masak pizza or kek.. aku cuma nk belajar masak yg simple shaja dulu. Ada org dh cmplin knpa aku asik masak masak lemak, masak pedas, goreng? Dia cdgkan aku masak kari!! Gulp.. telan air liur aku.. nak masak skrg ni pon aku tkial2 ni pulak nk masak kari.. masak lemak pon aku tahu msak udang je. itu pon msih tgk buku resepi.. hurmmm

Pastu dia jgk ckp napa xmasak nasi lemak utk bfast? knpa asik makan nasi goreng, mi goreng, roti bakar & sandwich je? alahaiii knpa la dia xpham yg aku cuma tau masak tu je? aku dh ada resepi nasi lemak tu cumanya aku takut.. takut nak masak. Aku takot xjadi.. Tp kalo aku xcuba smpai bile aku nk tahu jadi ke x kan? Kakak aku ckp if xjadi pon xpe at least ko dh tahu apa ksilapan ko masa tu so next time cuba lg. Masak kena rajin & minat kata kakak aku..

Skrg ni, aku tertanya2 utk memasak sbrnya apa yg perlu ada? cnthnya mcm kt umah aku skrg cuma ada 1 periuk , 1 kuali yg sderhana besar, 1 lesung batu, 1 papan pemotong, 2 pisau, 2 senduk & 2 sudip..eh cop yg buat goreng2 tu sudip kan namanya? yg wat ceduk2 gulai tu baru senduk kan? betul ke x? so aku rsa step ptama aku kena beli brg dapur dulu.. beli skit2.. then nk masak nti sng skit. skrg penat sbp masak 1 jenis basuh kualiti then masak yg lain pulak, then basuh lg masak lg smpai siap.. Dia ckp aku ni rajin masak & kemas sekali jalan. Makanan siap masak dapur pon kemas. Nak makan pon selera.. tu je la pujinya.. masak msih byk dpt complint. Cuma cra complint tu sgtlah buat aku rsa nak masak lg! Terima kasih tuan penasihat!!

Esok cuti.. awal2 dh request nak makan paprik esok. resepi paprik dh ada. dulu dh buat dia ckp dia suka sgt2. ok alhamdulillah. cuma tgh bkira2 paprik dgn apa? telor dadar? hahaha makanan wajib telor dadar tu.. oh ye kena google resepi sambal belacan! fail gile buat sambal..xsedap langsung! so esok bekpes dia makan roti telor aku makan telor hancur + sosej.. Lunch esok dia makan paprik + telor dadar + nasi + sup kaki ayam (goggle resepi jp lg) + sambal belacan. Aku? Ikan goreng + sayur shja or mybe add telor dadar jgk. then dinner???? errrr xtau nk masak apa.. dia msti la nk makan nasi lagik! pastu xnak lauk tghari! ishhhh cerewet! balik ni nk p Hero beli brg dapur.... beli sosej bbyk2, then lain2 beli bila perlu.. kat bwah umah pon ada psar bsah so nk masak bru beli la..

Tuesday, February 22, 2011

..M yg besar...

Tak tau la pasal apa, skrg ni aku mudah sgt mgantuk. Pantang leka skit aku mesti nk tidor je. Smlm balik rumah aku duk atas sofa sedar2 dh jam 9.30mlm! dgn baju kerja xbuang lagi! adoiii aku kena cri jalan utk myelesaikan mslah ni, Sbp aku rasa aku mcm xnormal skrg. Aku bkn jnis yg kuat tidor. Aku sbnarnya kurang tdor. Tp skrg entah la.

Ni asgment baru 2 muka. Aku ada lg 13muka kena karang. Mslhnya apa aku baca satu apa pon aku xpaham! gile betul la aku. xkan slamanya aku nk bgantung pd kopi ais kaw? knpala aku malas sgt ni?

Monday, February 21, 2011

...Beleted besday to me..

(Ni pic kapkek siap ntah aku curik nk boh dlm ni)

Tanggal 19 Februari pd sabtu lepas genaplah usia aku yg ke 27 tahun. Ye aku dh tua. 3 tahun lg aku masuk 30tahun!!! semoga segala impian aku akan jd kenyataan. Insyaallah..mudah2an... Dgn btambahnya usia aku ni, dharapnya aku akn jd lebih matang mhadapi smua perkara.

Dh lama sgt xtulis blog ni, smpai aku hilang idea nk taip apa.. ok xpe ni just permulaan utk kembali aktif. Apa pun lepas ni aku hanya akan on9 pd waktu kerja shja, krn bmula bulan depan aku dh tamatkan pkhidmatan berukband aku! bayar utk tiada pkhidmatan. Lebih baik aku tamatkan je. Mbazir duet aku je. Baik aku simpan duet tu, xpon masuk astro ke. Tp astro pon sama. Asik ulang tayang cerita sama je. Bayar utk cerita yg sama spanjang bulan! mbazir jugak!!

Dsebabkan aku nak mgurangkan kadar pembelanjaan bulanan aku maka yg tidak penting & tak mberikan kualiti aku nak buang dr list bulanan aku.. So dgn cara tu aku akan mjimatkan duet aku.

Bulan ni punya tema "bjimat cermat amalan yg mulia"

Thursday, January 27, 2011

Update Menu

ok ini update menu untuk semalam k..

Rabu 26-01-2011

Bfast -- ayam goreng

Lunch --- ikan + sayur bayam + tauhu

Dinner (6.30pm) -- Naan Butter + ayam tandori + kopi kaw ( sila jgn kot ye kawan2..ajaran sesat ni)

Note:

Dsebabkan sblum ni makan je apa shaja, so mula2 nk cuba ni ada la yg tkantoi jgk skit. But kena la ingat jgn la smpai tahap metekedarah pulak ye? makan tu sblum jam 7mlm kalo boleh. So far ni masuk hari ke 4 diet ni, so far mmg best la.. sbp xda la mcm diet yg lain tu seksa tahap mlampau smua xblh makan.. diet dlm stress!!! ni ok santai..

Lagi satu, aku cadangkan korang beli ayam mentah then goreng sendiri kt umah. sbpnya ayam kt kedai tu kdg diaorg cmpur dgn tepung nak kasi ranggup skit. Ingat tepung xboleh ok. (citt yg aku mkn roti naan tu xpe pulak? xblh konon huhuhuhu..) lgpon kalo korang beli kt kedai seketol ayam RM2.50 - RM3.00. Rugi je, sbpnya kalo beli yg mentah tu brapa ringgit je, tp dpt byk. so kena la rjin skit goreng ayam tu.. ala bkn ssh pon letak kunyit, gram, aji goreng! siap.. lg bagus..

Tghari dr korng mkn ayam, better makan ikan lg sedap makan dgn sayur.. kenyang pon kenyang tau.. minum air masak banyak2 lgik kenyang. Ni dah 4 ari xmakan nasi dh ok dh rsa. Tak de rasa meroyan dh tgk nasi, dh xbnafsu tgk nasi.. sllu ckp dgn diri sendri "ala nasi tu sama je rasanya wlau aku makan bila pon, so wat smtra ni xyah makan nasi. Nti after sbulan makan nasi sama gak rsanya.. jd xde bezanya la"

Wednesday, January 26, 2011

Dr Atkinsen plan diet

Isnin 24-01-2011

Bfast --- salad + ayam slice + mayo

Lunch --- sup ayam sketol + sayur petola msak air

Diner (6.30pm) -- ayam 2 ketol + sayur cmpur


Selasa 25-01-2011

Bfast -- xsmpat so hentam limau kt opis (ni salah ok xboleh ye kwan2)

Lunch-- Ikan masak lemak (kuah xambik, ikan je ambik) + sayur bayam + tauhu seketol

Dinner (6.30pm) --- mi bandung (ahahahaa bengong aku ni! ni jgk xboleh ok kawan2)

utk menu ari ni, mlm nti aku update.. oh ye isnin lepas aku dh timbang. spatutnya kena tmbng isnin dpn tp dsbpkn aku ni xsabar so aku tmbang jugak td.. Wow dh trun 3kg! gile best!!! opsss tlupa stiap ari aku minum air masak 3 liter & lebih.. So far diet ni mmg best! sgt best!!!

Hebat kan diet ni? xperlu blapar, xperlu tahan makan smpai mkn biskot kering je ari2.. paling best aku xpyah tnggal ayam goreng ksygan aku! tbaek la diet ni!!! korng cubala.. ni ambik url ni baca www.taknakgemuk.com

Friday, January 21, 2011

..Mood Diet...

Azam? Sebut pasal azam ni knpa msti awal tahun je kena ada azam ek? tgh tahun, tgh bulan, hjung tahun xboleh buat azam ke? sllu sgt aku dgr org ckp "weiii ko ni tdor ke? org dh start azam awal tahun la.. ko bru nk start?" lorr pelik sgt ke if aku bru start? Npa azam mesti nk ikot org? suka hati la kan nk azam bila pon kan?

ok stop pasal bile nak azam tu.. Semalam aku borak2 dgn Dia. Pastu citer pasal Bf kawan aku yg nak jd muda sbp kan duk mgorat kawan aku tu. Biar pon hakikat sbrnya dia dh 34tahun. Nampak agak pelik bila Bf kawan aku tu bgaya muda sbp nk sesuaikan dgn pnampilan kawan aku tu. Last2 dpt tahu yg Bf dia lg muda dr Dia.. Skrg Dia 35. Maknanya dia muda stahun je la..Tp pasal nampak dia mcm org 40-an? hurmmm

Ha, cerita pasal tulah tbe2 Dia ckp aku pon xmcm 27thn.aku nampak mcm 30thn! Gulp.. errr mmg la sllu sgt org ckp muka aku lbh tua dr usia aku..uwaaa cam ne ni? kang aku jalan dgn Dia org ngat aku ni makcik Dia pulak.. Aisehhhh cam mana ye?

Kelmarin Nad, member aku masa kursus kt Dorsett tu ari ada kasi 1 url. Mulanya mls gak nk baca. Pastu masa xde kerja tu sje la aku buka url tu. Dlm tu ada WOW!!! seorng budak lelaki yg sgt gemuk tp dh kurus!! errr pham x apa aku taip?

Dulu budak lelaki ni gemuk giler, pastu now dh kurus encem. Budak ni skrg ambik STPM.. mmg kurus gile budak ni!!! Aku baca la plan diet dia buat tu..Menarik! sbp diet tanpa lapar.. Tanpa tnggal ayam goreng aku! Ni sudah bagus! Makanya aku rasa utk aku nampak xtua sgt aku kena la diet supaya aku kurus & xmcm tua sgt dr umur aku...

So ari ni bmula la era diet aku. Aku mesti kena diet betol2! xboleh main2 dh!! sbp aku nak kurus! xde la kurus kering. Ckup la kira dlm 56kg cm tu.. Ni la Azam aku tahun ni! Tapi aku start ari ni.. xpe kan? boleh je kan? Eh azam aku, suka hati aku la nk buat bila pon kan?


SO, start dr ari ni aku akan diet!!!! Pagi td dh timbang! minggu dpn ari jumaat aku akan timbang lagi. Tgk apa hasilnya.. Misi aku skrg diet supaya jgn jd mcm beruang!

Friday, January 7, 2011

Kawal Marah Anda

“Jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka perlu beredar daripada tempat kejadian ataupun menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu,” kata Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar.

Katanya, cara itu penting bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk sehingga membabitkan kematian atau kecederaan parah akibat tidak dapat mengawal kemarahan seterusnya bertindak agresif. “Jika beragama Islam, individu boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan,” katanya. Beliau mengulas kejadian menimpa seorang lelaki berusia 35 tahun yang parah selepas ditikam di belakang badan, leher dan pipi oleh tuan rumahnya hanya kerana mangsa gagal melunaskan sewa RM400 di Jalan Ipoh.

Ketika mengulas mengenai betapa mudahnya individu kini mengambil jalan sendiri menghukum orang lain dengan cara kekasaran, beliau berkata, ia berpunca daripada tekanan hidup. “Banyak tekanan berlaku termasuk di segi perhubungan dan karier sehingga mendorong mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak melulu,” katanya. Oleh itu, katanya, amalan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan pengambilan makanan yang betul selain berhubung dengan keluarga amat penting bagi mengatasi tekanan. Selain itu, katanya, perangai individu juga boleh berubah dan menjadi agresif dengan pengambilan dadah. Akhbar semalam melaporkan hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, mangsa yang parah itu akibat ditikam pemilik rumah terbabit di rumahnya. Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika tuan rumah terbabit datang memungut duit sewa. Mangsa menyewa rumah milik suspek sejak setahun lalu, namun disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan.


Nota :

Jadi, betul la cara aku tu. Bila aku marah @ bengang aku akan blah terus. Kalau dgn org yg aku syg tu aku bla sbp aku sedih & aku takut kalo2 tsalah cakap yg bukan2 yg boleh mguris hati. so better aku duk dendiam & mjauh kejap.. Tapi kalo dgn org yg biasa2 je tu aku bla sbp aku xnak btumbuk. sbp bila aku dh marah & geram aku rasa mcm kecil & makin kecil org tu..aku rasa nak terkam dia, nak tumbuk2 nak pijak perut & nak rodok2 perut dia dgn pisau!!! sbp tu kalo org marah pastu p tikam org aku xkata apa. sbp aku tau aku pon lbh kurang mcm tu la..

Thursday, January 6, 2011

..Selamat Tahun Baru...

Wow!!! dh tahun baru rupanya. Hari ni pun dah 06hb. Itu bmakna dah 6 hari kita melangkah ke tahun 2011. Bulan depan umur aku 27 tahun! Gila mcm xpercaya..dulu aku rasa kalo 26 tahun ke atas tu macam dah tua sgt! but now, bile aku yg jd 27tahun, aku mcm errr betol ker? huhuhu xsangka!

Tahun baru ni, mcm biasalah azam mgunung la. Kmudian, baru2 ni mmg bsemangat waja la cikunun nak mlaksanakan azam 2011. Padahal xsedar yg azam aku tahun 2010 blum pun tlaksana huhu.xpa aku kira bawak ke hadapan shja la. Azam aku utk melunaskan azam tahun lepas. boleh gitu? huhu kira azam jugak kan? hihi

Tp kan, sebenarnya aku nak buat biz on9. Nak cari duet poket lebih skit tahun ni. hurmm aku agak sibuk minggu awal thun baru ni, hajat nk pergi kedai baju dkt rumah aku tu pon masih tbantut lagi. kereta pun xsempat g bayar lagi. Insurance pon belom bayar. Hanya duet rumah, bill air je yg sempat bayar. huhu yang lain2 masih mnanti.. teruk betol la aku ni.. Letih sbenarnya.. dgn khidupan baru ni, nak bljar sesuaikan diri bukan suatu yg mudah sbenarnya. tp apa pun aku ttp juga kena belajar utk sesuaikan diri huhu..sebab memang WAJIB!!!

Apa pun semoga tahun baru ni akan membawa seribu kbaikan buat aku skeluarga..cewahhh