Tuesday, September 6, 2011

..Satu Pemergian yg abadi...

Rasanya baru semalam aku dibuai khabar gembira tentang kehadiran si kecil ini dalam diriku, si kecil yang sedang membesar dlm rahimku.. Saban hari perasaan teruja sukar utk aku kikis & pendam dgn kehadiran si kecil ini. Kalo dulu, setiap kali search internet pelbagai perkara aku selongkar tp setelah aku dapat berita kehadiran si kecil ini.. segala apa aku search hanya bkaitan dgn si kecil aku ini. Besar harapan aku & suamiku utk myambut si kecil ni..

Namun, segala kegembiraan aku btahan hanya 6 bulan sahaja, Hari ni 6 September 2011 aku dpt berita yg meragut hampir seluruh semangat aku. Saat Doctor beritahu berita tu aku rasakan seolah2 ada batu besar yg mhempap diriku aku shingga aku tpaksa di papah oleh beberapa doctor. Sungguh tidak ku jangka semua ini akan blaku. Krn sepanjang tempoh kehamilan ni, aku dapat rasakan denyutan si kecil ini semakin lama semakin aktif & kerap. Tapi ketentuan Ilahi menjangkau impian & angan2ku utk melihat si kecil ini lahir dgn selamat.

Menurut kata doctor si kecil ku ini tidak mempunyai tempurung kepala, si kecil ku ini meghidapi Anencephaly di mana bahagian tempurung kepalanya tidak seperti bayi- bayi normal yang lain. Andai si kecil ini lahir ke dunia ini sekali pun dia tdak akan mampu hidup. Luluh hati aku tak kala mdengar penerangan doctor bkenaan si kecil ku ini.

Aku telah mjangkakan sesuatu yg buruk kerana doctor agak cemas semasa melakukan scan ke atas aku, kemudian dtg 3, 4 org doctor yg turut melakukan pemeriksaan rapi, kemudian aku disuruh ke bilik bersebelahan utk melakukan scan 3D utk mendapat gambaran yg lebih jelas. Semasa doctor mlakukan scan tue aku dpt lihat dgn jelas si kecil ini bgerak dgn sgt aktif!! aku melihat wajahnya, matanya, hidungnya, semuanya lengkap & sempurna. Paling tak boleh aku lupa aku melihat mulut si kecil tkumat kamit seolah2 sedang makan sesuatu.. Subhanaallah airmata aku gugur tanpa sedar melihatkan si kecik ku.

Namun senyuman aku mati di saat seorang doctor perempuan dtg mhampiri aku dan mnepuk lembut bahuku

"Puan, sya harap puan byk2 bsabar. stiap apa yg blaku pasti mpunyai hikmah yg tsembunyi. Bayi puan tpaksa kita gugurkan demi keselamatan puan. Mgikut scan kami, Bayi puan tdk mpunyai tempurung kepala...."

Makin lama, suara doctor tu makin jauh dr pendengaran ku..

Melihat suami ku, segala rasa yg ada sudah xmampu ku bendung lagi. themburla segala tangisan yg ada dlm hati aku. Ya aku sedih, teramat sedih, hancur luluh hati & perasaan aku. Dunia seakan bhenti bputar, segalanya gelap aku rasakan.. mujurla suami ada mberi kata semangat wlaupon aku dpt mlihat matanya bkaca2.. wlaupon kaki ini lemah utk melangkah tp aku masih myimpan harapan agar masih ada peluang untuk si kecik ku ini.

Namun penerangan doctor mematikan segala harapan ku. Esok aku akan di masukkan ke wad utk melahirkan si kecik ini & aku terpaksa mbiarkan dia pergi wlau tanpa kerelaan ku. Mungkin si kecik ini juga tahu hakikat kenyataan ini, sekarang dia semakin aktif bgerak di dalam rahimku. setiap kali aku merasa pegerakan dia setiap kali itulah airmata ini pasti menitis. Esok semua keindahan ini akan berakhir..

Tak dpt aku mbayangkan si kecik ku yg aktif ini akan pergi esok, kalo si kecik ini pergi dgn sendiri mungkin sedih aku tidak seteruk ini. Tp ni aku sendiri sudah tahu akan pemergian si kecil ku ini.. Ya Allah, aku mohon berilah aku kekuatan utk aku mhadapi smua ini, Tabahkanla hati kami suami isteri. Cuma aku mohon agar diberi kesempatan utk aku menatap wajah si kecil ini untuk kali pertama & terakhir.. aku nak mcium si kecil ini utk utk pertama & terakhir kali...

Ibu doakan semoga baby tenang di sana.. Ibu & ayah sayangkan baby..

No comments: