Wednesday, September 21, 2011

~~~~Rasa~~~~

Kehilangan Ainul satu-satunya permata hati yang kami sangat-sangat nantikan kehadirannya telah membuatkan kami dihambat kesedihan yang sangat mendalam. Luaran suamiku nampak sangat tabah & redha dengan dugaan yang menimpa kami di saat ini. Namun, airmatanya yang tumpah menjawap segalanya. Aku faham, kesedihan yang bersarang di dalam hati suamiku kerana aku juga punya rasa yang sama. Aku juga sedih dengan pemergian Ainul...

Sejak pemergian Ainul, hidup aku berubah 100%.. aku sebenarnya masih terkejut & sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak kesayanganku telah pergi untuk selamanya. Melalui hari-hari pantang bersendirian cukup menyiksakan. Hari terlalu lambat berlalu, keadaan sekeliling umpama mati bagi aku, aku melayan lara dihati aku sehingga aku abaikan suamiku, Ya Allah betapa berdosanya aku mengabaikan perasaan suamiku.

Sepanjang seminggu sejak aku pulang dari HUKM, suamiku tak pernah merungut dengan sikapku, Segala keperluan aku akan dia siapkan sebelum dia keluar bekerja. Awal pagi dia akan panaskan tungku, memastikan aku dalam keadaan sihat kemudian akan keluar bekerja. Pada waktu dia tak ada kelas, dia akan pulang ke rumah untuk memastikan aku makan @ menemani aku makan. Sedangkan aku langsung tidak bertanya adakah dia sudah makan @ belum, minum @ tidak. Ya Allah, suamiku masih sabar menghadapi sikap aku yang tidak mengendahkannya.

Suamiku yang satu ini sentiasa berusaha untuk mengembirakan aku walau aku tahu hatinya juga berduka. Namun, dia bijak menyembunyikan perasaannya. Suamiku berpura-pura ceria, ketawa & mengusik aku setiap kali dia membantu aku memakai korset & menyarungkan stokin di kakiku.. Aku bertuah punya suami yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan aku walau dia juga dalam kesedihan..

Hari ni, genap seminggu pemergian puteri kesayanganku, dengan sokongan suami, rakan-rakan & keluarga aku nekad untuk bangun dari kesedihan ini. Bila aku nyatakan hasratku pada suamiku dia menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Sememangnya inilah yang dia harapkan dari aku sejak pemergian puteri kami.

Suamiku mengharapkan agar aku kembali menjadi isterinya yang ceria, yang suka mengusik & bergurau. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan kesabaran dalam diri suami ku untuk berhadapan dengan sikapku. Aku berjanji untuk mengubah sikapku, menerima semua dugaan ini dengan penuh redha. Sekurang-kurangnya aku masih ada suamiku yang sentisa di sisi aku menyokong & sentiasa sabar dengan sikapku. syukur Alhamdulillah..

Buat anakku Ainul Mardhiah,
Kehadiranmu sangat bererti dalam kehidupan ibu & ayah, kami sangat-sangat berbanga dengan semangat kentalmu sayang, biarpun jodoh kita tidak panjang. Namun, ibu & ayah percaya satu masa kita akan bertemu lagi. Meskipun dirimu telah pergi namun ibu & ayah tidak akan sekalipun lupa padamu walaupun kami akan ada pegantimu kelak.

Sayangku Ainul,
Bersemadilah dengan aman sayang, doa ibu & ayah semoga rohmu ditempatkan dikalangan insan-insan terpilih di sisi Allah. Al-Fatihah buat Bidadari Syurgaku...

No comments: