Sunday, April 22, 2012

.. Doa yg Tulus....

Aku & suami sbrnya menantikan bayi perempuan untuk pgnant ni, memandangkan arwah perempuan jd suami myimpan hasrat yg tsangat tinggi utk dapat gurl lagi. Maka segala keinginan & kemahuan aku dipenuhi dgn sehabis baik. Aku dlayan bagaikan seorang puteri. Shingga kdg2 rasanya tugas memasak pon dh di ambil alih oleh suami. Kebetulan pulak, suami memang hebat memasak maka memang dia lebih banyak mgambil alih tugas memasak dr aku..

Sehinggalah minggu lepas, aku pergi appment mcm biasa di HUKM & kali ni utk detail scan. setelah hampir 1jam 30 minit. Akhirnya doc bjaya mgetahui jantinanya. "InsyaAllah Boy" kata doc. Aku sedikit hampa, perasaan kecewa sedikit terbit dhati aku ketika doc bgtau jantina baby. Kmudian bila aku perhatikan dia di monitor di depan aku, lihat dia tkumat kamit mcm makan pun ada, tgk dia tsenyum, tgk dia mlakukan aktiviti wajib setiap kali jam 10am... solat duha kata doc.. ye benar, setiap kali scan pd lebih kurang 10am - 10.30am dia akan berada dlm keadaan sujud selama bbrapa ketika kmudian bru dia brubah kdudukan...

Hati bdetik, Ya Allah alangkah tdk bsyukurnya aku.. Allah gantikan arwah Ainul secepat ini & hasil dr scan2 yang sllu dbuat kali ni aku mgandung tdk ada msalah langsung. Tp hnya sebab lelaki aku tdk bsyukur??? siapa aku utk mnentukan apa aku nak? Ya Allah ampunilah sikap ku..

Kemudian, bila balik & bgtau pd suami sperti yg telah aku jangkakan dia muram, muka dia jelas kecewa. Shingga dia langsung xbertanya apa2 bkenaan appment pd hari tu. Aku kecil hati dgn sikap dia, menitis air mata bila aku kenangkan sikap dia ketika itu.

Kemudian, seorang sahabat mnasihati aku yg katanya mungkin suami hnya tkejut & spontan sikapnya jd begitu. Xpe kata sahabat aku td berila peluang pd dia, nti dia mesti bfikir & dia akan sedar sikap dia td xpatut..

Alhamdulillah, bangun je tido dia dtg pd aku & minta maaf atas kelakuan dia. Bila tgk mata aku yang bengkak dia lagi rasa bsalah.. huhuhu hasilnya kena la pau Sate Station malam tue!!! hahaha

Rezeki Allah, kita sebgai hamba-NYA terima la dgn hati yg tbuka. Ada sebab kenapa Allah menjadikan sesuatu perkara dlm hidup kita. Dlm tempoh aku mgandung kali ni, ada beberapa project yang aku buat. & Alhamdulillah tanpa dsangka2 aku mendapat durian runtuh bkali2 ganda yg mana boleh aku ckpkan tak termimpi seumur hidup aku untuk mdapat rezeki sebanyak ini. Namun, takdir Allah, rezeki Allah siapa yg tahu..

Alhamdulillah pd rezeki ini.. shingga bos & partner mgelar anak aku sebgai anak emas. huhuhu alhamdulillah rezeki Allah bagi utk aku kongsi bsama2 org sekeliling aku. Cuma aku bdoa jgnla wujud perasaan tamak, hasad dengki, sombong & bangga diri dlm hidup aku & suami aku.. Mintak Allah jauhkan sikap2 demikian.. Aku & suami dh bsetuju rezeki ni rezeki Allah hantar melalui anak aku ini & sebagai ibubapa kami akan cuba utk bkongsi rezeki ini dgn golongan2 yang selayaknya..

Aku juga bnazar jika project ni closed deal aku akan bpuasa selama seminggu. & suami pula bnazar sekiranya project ni closed deal dia akan belanja murid2 sekolah dia 2 kelas dgn KFC 2 ketol seorang. sbp ceritanya dia mintak budak2 kelas mdoakan kejayaan dia utk project ni & bangun seorang budak lelaki " cikgu, kami doakan semoga cikgu bjaya closed deal..Amin" 2 biji kelas m'aminkan doa tsebut. Alhamdulillah berkat doa dr anak2 murid, ibunya, kawan2, keluarga akhirnya kami bjaya closed deal.

Jadi nazar tsebut harusla kami tunaikan, cuma part aku akan aku tunaikan selepas Muhammad Qayyum ni lahir.. skrg dh xlarat sbp asik lapar je huhuhu.. Alhamdulillah syukur ya Allah...

No comments: