Thursday, January 27, 2011

Update Menu

ok ini update menu untuk semalam k..

Rabu 26-01-2011

Bfast -- ayam goreng

Lunch --- ikan + sayur bayam + tauhu

Dinner (6.30pm) -- Naan Butter + ayam tandori + kopi kaw ( sila jgn kot ye kawan2..ajaran sesat ni)

Note:

Dsebabkan sblum ni makan je apa shaja, so mula2 nk cuba ni ada la yg tkantoi jgk skit. But kena la ingat jgn la smpai tahap metekedarah pulak ye? makan tu sblum jam 7mlm kalo boleh. So far ni masuk hari ke 4 diet ni, so far mmg best la.. sbp xda la mcm diet yg lain tu seksa tahap mlampau smua xblh makan.. diet dlm stress!!! ni ok santai..

Lagi satu, aku cadangkan korang beli ayam mentah then goreng sendiri kt umah. sbpnya ayam kt kedai tu kdg diaorg cmpur dgn tepung nak kasi ranggup skit. Ingat tepung xboleh ok. (citt yg aku mkn roti naan tu xpe pulak? xblh konon huhuhuhu..) lgpon kalo korang beli kt kedai seketol ayam RM2.50 - RM3.00. Rugi je, sbpnya kalo beli yg mentah tu brapa ringgit je, tp dpt byk. so kena la rjin skit goreng ayam tu.. ala bkn ssh pon letak kunyit, gram, aji goreng! siap.. lg bagus..

Tghari dr korng mkn ayam, better makan ikan lg sedap makan dgn sayur.. kenyang pon kenyang tau.. minum air masak banyak2 lgik kenyang. Ni dah 4 ari xmakan nasi dh ok dh rsa. Tak de rasa meroyan dh tgk nasi, dh xbnafsu tgk nasi.. sllu ckp dgn diri sendri "ala nasi tu sama je rasanya wlau aku makan bila pon, so wat smtra ni xyah makan nasi. Nti after sbulan makan nasi sama gak rsanya.. jd xde bezanya la"

Wednesday, January 26, 2011

Dr Atkinsen plan diet

Isnin 24-01-2011

Bfast --- salad + ayam slice + mayo

Lunch --- sup ayam sketol + sayur petola msak air

Diner (6.30pm) -- ayam 2 ketol + sayur cmpur


Selasa 25-01-2011

Bfast -- xsmpat so hentam limau kt opis (ni salah ok xboleh ye kwan2)

Lunch-- Ikan masak lemak (kuah xambik, ikan je ambik) + sayur bayam + tauhu seketol

Dinner (6.30pm) --- mi bandung (ahahahaa bengong aku ni! ni jgk xboleh ok kawan2)

utk menu ari ni, mlm nti aku update.. oh ye isnin lepas aku dh timbang. spatutnya kena tmbng isnin dpn tp dsbpkn aku ni xsabar so aku tmbang jugak td.. Wow dh trun 3kg! gile best!!! opsss tlupa stiap ari aku minum air masak 3 liter & lebih.. So far diet ni mmg best! sgt best!!!

Hebat kan diet ni? xperlu blapar, xperlu tahan makan smpai mkn biskot kering je ari2.. paling best aku xpyah tnggal ayam goreng ksygan aku! tbaek la diet ni!!! korng cubala.. ni ambik url ni baca www.taknakgemuk.com

Friday, January 21, 2011

..Mood Diet...

Azam? Sebut pasal azam ni knpa msti awal tahun je kena ada azam ek? tgh tahun, tgh bulan, hjung tahun xboleh buat azam ke? sllu sgt aku dgr org ckp "weiii ko ni tdor ke? org dh start azam awal tahun la.. ko bru nk start?" lorr pelik sgt ke if aku bru start? Npa azam mesti nk ikot org? suka hati la kan nk azam bila pon kan?

ok stop pasal bile nak azam tu.. Semalam aku borak2 dgn Dia. Pastu citer pasal Bf kawan aku yg nak jd muda sbp kan duk mgorat kawan aku tu. Biar pon hakikat sbrnya dia dh 34tahun. Nampak agak pelik bila Bf kawan aku tu bgaya muda sbp nk sesuaikan dgn pnampilan kawan aku tu. Last2 dpt tahu yg Bf dia lg muda dr Dia.. Skrg Dia 35. Maknanya dia muda stahun je la..Tp pasal nampak dia mcm org 40-an? hurmmm

Ha, cerita pasal tulah tbe2 Dia ckp aku pon xmcm 27thn.aku nampak mcm 30thn! Gulp.. errr mmg la sllu sgt org ckp muka aku lbh tua dr usia aku..uwaaa cam ne ni? kang aku jalan dgn Dia org ngat aku ni makcik Dia pulak.. Aisehhhh cam mana ye?

Kelmarin Nad, member aku masa kursus kt Dorsett tu ari ada kasi 1 url. Mulanya mls gak nk baca. Pastu masa xde kerja tu sje la aku buka url tu. Dlm tu ada WOW!!! seorng budak lelaki yg sgt gemuk tp dh kurus!! errr pham x apa aku taip?

Dulu budak lelaki ni gemuk giler, pastu now dh kurus encem. Budak ni skrg ambik STPM.. mmg kurus gile budak ni!!! Aku baca la plan diet dia buat tu..Menarik! sbp diet tanpa lapar.. Tanpa tnggal ayam goreng aku! Ni sudah bagus! Makanya aku rasa utk aku nampak xtua sgt aku kena la diet supaya aku kurus & xmcm tua sgt dr umur aku...

So ari ni bmula la era diet aku. Aku mesti kena diet betol2! xboleh main2 dh!! sbp aku nak kurus! xde la kurus kering. Ckup la kira dlm 56kg cm tu.. Ni la Azam aku tahun ni! Tapi aku start ari ni.. xpe kan? boleh je kan? Eh azam aku, suka hati aku la nk buat bila pon kan?


SO, start dr ari ni aku akan diet!!!! Pagi td dh timbang! minggu dpn ari jumaat aku akan timbang lagi. Tgk apa hasilnya.. Misi aku skrg diet supaya jgn jd mcm beruang!

Friday, January 7, 2011

Kawal Marah Anda

“Jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka perlu beredar daripada tempat kejadian ataupun menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu,” kata Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar.

Katanya, cara itu penting bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk sehingga membabitkan kematian atau kecederaan parah akibat tidak dapat mengawal kemarahan seterusnya bertindak agresif. “Jika beragama Islam, individu boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan,” katanya. Beliau mengulas kejadian menimpa seorang lelaki berusia 35 tahun yang parah selepas ditikam di belakang badan, leher dan pipi oleh tuan rumahnya hanya kerana mangsa gagal melunaskan sewa RM400 di Jalan Ipoh.

Ketika mengulas mengenai betapa mudahnya individu kini mengambil jalan sendiri menghukum orang lain dengan cara kekasaran, beliau berkata, ia berpunca daripada tekanan hidup. “Banyak tekanan berlaku termasuk di segi perhubungan dan karier sehingga mendorong mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak melulu,” katanya. Oleh itu, katanya, amalan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan pengambilan makanan yang betul selain berhubung dengan keluarga amat penting bagi mengatasi tekanan. Selain itu, katanya, perangai individu juga boleh berubah dan menjadi agresif dengan pengambilan dadah. Akhbar semalam melaporkan hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, mangsa yang parah itu akibat ditikam pemilik rumah terbabit di rumahnya. Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika tuan rumah terbabit datang memungut duit sewa. Mangsa menyewa rumah milik suspek sejak setahun lalu, namun disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan.


Nota :

Jadi, betul la cara aku tu. Bila aku marah @ bengang aku akan blah terus. Kalau dgn org yg aku syg tu aku bla sbp aku sedih & aku takut kalo2 tsalah cakap yg bukan2 yg boleh mguris hati. so better aku duk dendiam & mjauh kejap.. Tapi kalo dgn org yg biasa2 je tu aku bla sbp aku xnak btumbuk. sbp bila aku dh marah & geram aku rasa mcm kecil & makin kecil org tu..aku rasa nak terkam dia, nak tumbuk2 nak pijak perut & nak rodok2 perut dia dgn pisau!!! sbp tu kalo org marah pastu p tikam org aku xkata apa. sbp aku tau aku pon lbh kurang mcm tu la..

Thursday, January 6, 2011

..Selamat Tahun Baru...

Wow!!! dh tahun baru rupanya. Hari ni pun dah 06hb. Itu bmakna dah 6 hari kita melangkah ke tahun 2011. Bulan depan umur aku 27 tahun! Gila mcm xpercaya..dulu aku rasa kalo 26 tahun ke atas tu macam dah tua sgt! but now, bile aku yg jd 27tahun, aku mcm errr betol ker? huhuhu xsangka!

Tahun baru ni, mcm biasalah azam mgunung la. Kmudian, baru2 ni mmg bsemangat waja la cikunun nak mlaksanakan azam 2011. Padahal xsedar yg azam aku tahun 2010 blum pun tlaksana huhu.xpa aku kira bawak ke hadapan shja la. Azam aku utk melunaskan azam tahun lepas. boleh gitu? huhu kira azam jugak kan? hihi

Tp kan, sebenarnya aku nak buat biz on9. Nak cari duet poket lebih skit tahun ni. hurmm aku agak sibuk minggu awal thun baru ni, hajat nk pergi kedai baju dkt rumah aku tu pon masih tbantut lagi. kereta pun xsempat g bayar lagi. Insurance pon belom bayar. Hanya duet rumah, bill air je yg sempat bayar. huhu yang lain2 masih mnanti.. teruk betol la aku ni.. Letih sbenarnya.. dgn khidupan baru ni, nak bljar sesuaikan diri bukan suatu yg mudah sbenarnya. tp apa pun aku ttp juga kena belajar utk sesuaikan diri huhu..sebab memang WAJIB!!!

Apa pun semoga tahun baru ni akan membawa seribu kbaikan buat aku skeluarga..cewahhh