Wednesday, December 29, 2010

...Terima Kasih....




Dah menjadi adat orang menumpang, bila sudah tidak dperlukan lagi akan dibuang ke tepi. Dalam hal ini, aku tak salahkan sesiapa pun, sbp kebodohan itu datangnya dr diri aku. Jadi, sekarang apa jua yg terjadi aku terima atas kebodohan aku.

Dengan tiadanya aku, mungkin itu lebih menyenangkan, mententeramkan. Selama ini aku yg tersilap dgn menganggap apa yg kak ji lalui, tidak akan aku lalui kerana segala sudut utk mempertahankan diri aku telah aku siapkan. Tapi aku lupa, yg aku hanya manusia yg merancang namun bukan aku yg menentukan segalanya. Sekarang, aku benar2 faham bagaimana rasanya ada di tempat kak ji. Benar kata orang mata yg melihat tak akan sama dgn bahu yang memikul... sekarang aku faham, Benar - benar faham shingga ke sudut hati yang dalam aku terasa bisanya.

Mengundur diri adalah yang terbaik buat masa ini, sampai bila aku tak punya jawapan untuk itu. Tapi kalo kehadiran kita tak ada makna & ertinya pd seseorang apa lagi yg harus di nanti? mengundur diri adalah jalan terbaik.

Semua yang terjadi ini, sikit pun tak membuatkan aku membenci sesiapa pun, malah aku berterima kasih pada seseorang yang mengajar aku erti sebuah pengorbanan & kasih sayang. Terima kasih jika ini ertinya...

Hakikat tetap hakikat... Silapnya aku yang terlupa siapa aku di sisinya....

"Seandainya kita masih bersatu... Tak mungkinkan menyatu.. wlau masih ada sisa cinta..Biarkan saja berakhir smpai disini... Tiada lagi ku impikan utk bersamamu.."

No comments: