Friday, January 9, 2009

..Secebis Kasih Buat Si Kecil..


PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT AIDS/HIV NURUL IMAN MALAYSIA DIBAWAH NAUNGAN

PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM

Pusat Perlindungan PERNIM ditubuhkan pada 26 Mei 2006.

PERNIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta membantu kerajaan negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV positif.

Penubuhan PERNIM diharap dapat memperbetulkan persepsi dan sikap prejudis masyarakat terhadap mereka yang menghidap HIV, kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa juga.

PERNIM antara lain bertujuan memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS positif terutama daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia, memberikan perlindungan, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Penubuhan Pernim dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.

Membantu anak-anak dari ibubapa yang mengalami penyakit Aids/HIV dari segi pendidikan, emosi yang dialami, kerohanian, kasih sayang, moral, kesihatan, membantu insan yang boleh berdikari, jati diri dan berjaya dimasa hadapan.

Pembelaan dan pendidikan anak-anak di PERNIM memerlukan berbagai bentuk sumbangan dari masyarakat. Sumbangan-sumbangan utama yang amat diperlukan adalah seperti:-

· Sumbangan Pelajaran — Untuk membimbing anak-anak ini ke arah mencapai kejayaan dalam apa jua bidang akademik, terutamanya subjek-subjek teras UPSR, PMR, SPM, dan, Al-Quran

· Pusat Perlindungan Sehingga kini PERNIM mempunyai 40 – 50 orang anak-anak termasuk pengasuh. PERNIM memerlukan kewangan sebanyak RM 1.2 Juta bagi membina bangunan 3 Tingkat bagi perlindungan anak-anak ini.

· Bantuan Perubatan – Ubatan-ubatan bagi menampung anak-anak pesakit AIDS/HIV

· Makanan dan Minuman — Untuk meringankan beban PERNIM dari segi perbelanjaan makanan.

· Sumbangan Kewangan — Untuk menampung perbelanjaan harian para penghuni yang semangkin meningkat dari tahun ke tahun.

· Sukarelawan Aktiviti — Untuk mengisi masa lapang para penghuni dengan aktiviti-aktiviti riadah yang dapat memupuk semangat berdaya saing dan kerjasama, dan juga sebagai pencurah kasih-sayang.


PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIVAIDS NURUL IMAN, MALAYSIA (PERNIM)
No: Pendaftaran (0423-04-5)
LOT 46 JALAN 47, BUKIT C
KAMPUNG CHERAS BARU
56100 KUALA LUMPUR

Saya dgn rendah hati mharap ksudian rakan2 untuk mbantu adik2 kecil ni, wlaupon kite xmampu mberi sumbangan jutaan ringgit & xmampu myembuhkan pyakit mereka.. namun rasanya kasih syang & perhatian dr kita amat mereka perlukan dlm mniti sisa2 kehidupan yg masih berbaki...


5 comments:

Zu said...

Insyaallah Sue kita semua akan bantu

sue cipot said...

alhamdulillah

fizzzy Ian said...

pusat ni under Mercy Malaysia ke sue??

InsyaAllah dengan niat yang baik kita sama2 saling bantu membantu

sue cipot said...

nak komeng tp tgk pic fizy terus tbahak2.. entah napa rasa cm lawak la plak ari nie..comei je baldi keci tu

Dory said...

Insyaallah.. :)