Thursday, May 8, 2008

BaB NiKaH KaWeN

Hukum perkahwinan itu asalnya mubah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan.

a) Wajib
Kahwin diwajibkan bagi orang yang telah mampu, yang akan menambahkan takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban ini tidak akan dapat terlaksana kecuali dengan berkahwin.

b) Haram
Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan hidup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin seperti menggauli isteri (berahi terhadap wanita)

c) Sunat
Kahwin disunatkan bagi orang yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih baik daripada membujang, kerana membujang tidak ada dalam syariat Islam.

d) Mubah
iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram bila tidak kahwin. Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk berkahwin kerana tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin jika tidak ada keupayaan untuk menggauli isteri.

7 comments:

HambaMaya said...

fyi, mubah ni maksudnya harus..

SilverFerio said...

hmmm.. aku dalam kelompok mana nih :-?

sue cipot said...

baru sue nak tnya mubah nie apa..
tq bro for ur info mcm tau2 je nk tnya.. hebat sngguh hang Maya ni hehehe..

Man-- hang ni aku rasa dlm katogeri sunat kot... ampon kalo silap ek?

ngomel@n fizzzy said...

fz dalam kategori sunat juga..btw sue bila hang nak kahwin?

ngomel@n fizzzy said...

aku katgori sunat, btw..bila hang nak kahwin sue?

HambaMaya said...

jgn tak tau.. i can read mind.. btul tak gee?.. hehehehe

sue cipot said...

hehehehehee..
bro sue apa?
nak tau gak nie...