Thursday, June 12, 2008

RM2.00

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.

Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.
Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.

Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.
p/s: jom p lunch pat sini... huhuhuhu

3 comments:

pcso lotto result said...

Nice blog. Thats all.

sue cipot said...

xtau napa aku asik nk tgelak lak baca komen pcso lotto tue.. mcm org kena paksa komen lak lagaknya hahahha...

SilverFerio said...

hohoho leh kena try nih balik lain kali... kalau lh kedai ni kat bangi, putrajaya dan shah alam