Friday, July 4, 2008

..Madu bg lelaki RACUN bg Wanita..

ISU poligami sentiasa hangat dibincangkan yang menjadi duri dalam daging bagi kamus perkahwinan. Apa yang jelas, agama membolehkan kaum lelaki berpoligami dengan syarat layanan mesti adil dan saksama dengan tujuan membela nasib kaum wanita.

Islam membenarkan lelaki berpoligami jika yakin dapat berlaku adil dan membahagiakan isteri-isterinya. Di sini terletak cabaran sebenar suami yang berpoligami.

Takrif adil bukan mudah untuk diukur kerana keadilan yang perlu dilaksanakan bukan sekadar peruntukan kewangan, tetapi yang sukarnya adalah membahagi-bahagikan kasih sayang. Soal berkaitan hati dan perasaan amat sulit untuk dinilai.

Mungkin sebab itu, suami jarang memikirkan perkara ini. Perkara yang sering diketengahkan untuk dijadikan hujah ialah kemampuan dari aspek kewangan dan tenaga kejantanan.

Memang benar, berpoligami dibenarkan dalam Islam. Bahkan, Rasulullah sendiri mengamalkan poligami. Malang sekali kebanyakan suami yang mendasarkan kepada alasan poligami sebagai sunah Rasulullah, tidak pula mementingkan sunah lain dalam kehidupan harian. Malah, mereka lupa untuk mencontohi poligami Rasulullah dari segi sebab berpoligami.

Begitu juga, sebenarnya banyak lelaki tidak faham mengapa Rasulullah berpoligami. Nyata sekali Rasulullah berpoligami bukan atas dasar tuntutan nafsu. Sebaliknya, banyak hikmah sebab Rasulullah berpoligami. Ini memang jarang dituruti (bahkan tidak mengetahui berkaitan poligami Rasulullah) oleh kebanyakan lelaki yang berpoligami.

Dua perkara mengenai poligami Rasulullah yang jarang diketahui oleh lelaki yang mendakwa ingin berpoligami kerana sunah Rasulullah ialah baginda berpoligami hanya sesudah usia 50 tahun lebih. Wanita yang dikahwini itu berstatus janda, kecuali Aisyah yang masih dara. Baginda pernah mengahwini 11 wanita (ada mengatakan 12). Ada beberapa isteri lebih tua daripada baginda.

Nabi berpoligami bukan kerana beralih kasih atau ingin sesuatu yang lebih baik daripada wanita lain. Rasulullah berpoligami bukan kerana tuntutan nafsu. Malah banyak lagi hikmah poligami (berkahwin) yang dilakukan Rasulullah. Antara yang disebut oleh ahli sejarah ialah dari segi pendidikan, hukum, sosial dan politik.

Lalu, apakah kita dapat kaitkan alasan suami berpoligami sekarang sebagai mengikut sunah Rasulullah? Ada yang menyebut sebagai untuk membantu janda, anak yatim, kasihan, tambah zuriat dan macam-macam lagi hanya melupakan alasan dibuat-buat.

Hakikat realiti sekarang, dapat dirumuskan lelaki berpoligami bukan mengikut sunah Rasulullah, tetapi mengikut nafsu, melainkan sedikit saja yang benar-benar mempunyai matlamat jelas selain itu.

3 comments:

Kakak Tiri said...

"Buat la... I'll make sure you suffer!"... kata Kakak Tiri dalam hatinya.

talikasutkayu said...

poligami tak salah dalam islam tapi yang mengamalkan poligami tu jenis tak reti....main sebat jee kerana nafsu.
Pendapat wa wanita harus memainkan peranan yg amat penting jika tidak mahu dimadu. Antaranya
1. spt sedia maklum sentiasa mempamerkan wajah dan bentuk tubuh badan yg ceria utk suami. Jgn pikir bila dah kawin semua itu tidak penting lagi.
2.memahami perasaan suami sepanjang hari dan ketika. jgn terlalu mendesak jika mahukan sesuatu.
Sebaik2 mana pun lelaki mata mereka tetap liar memerhati tingkah laku wanita lain walaupun pun wanita itu isteri orang.
tapi wa minta diri wa dijauhkan dari sifat begitu...nauzubillah min zalik

SilverFerio said...

respek kat arwah pak cik... dia kawen 4. 1st wife dia kakak mak, 2nd wife org siam dah lama janda... dia bagi rumah dan bukakan restoran, 3rd wife pun sama gak bagi rumah, tapi keja kat restoran yg sama, 4th wife local bagi rumah dan keja kat restoran tu juga... mak cik jadi tokey restoran... depa2 ni sebaya je umur. keja kat tempat yg sama, umah je lain2 tapi berjiran...