Monday, July 14, 2008

..Sepi itu iNdah..



mmg xrugi tgk citer ni. ha pd u all yg lelaki tu jgn ckp ni filem cinta leleh occay? citer ni lebih kpd erti sbuah pgorbanan, kasih syg, ksetiaan & ksepian.

Cerita ni ada byk watak. cukup bestlah citer ni. mmg sesuai lah korang p tgk dgn insan tsyg.. huhu kasi tambah kukuh skit cintan cintun korang tu. ahakssss.

Sinopsis Filem Sepi

Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.

Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?

Adam ckp "kite kena kawen dgn org yg kite cinta untuk mbina bahagia"

(benarkah begitu? kdg kala dlm hidup ni xsmestinya kite mampu memiliki org yg kite cinta. kite mungkin hanya ditakdirkan bertemu dgn sidia tp bukan untuk bsama.. )

Sufi & Marya

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?

kata2 marya "berlari krn mgejar sesuatu @ berlari mninggalkan sesuatu?''
kata2 sufi "berlari hanya untuk bnafas.."

( cinta kdua mmg benar2 wujud, bukan skdar pd teruna & dara. tp jua pd mereka yg telah bgelar suami & isteri. di sini cinta menuntut kite mlepaskan sidia tsyg wlaupun hati kite berat. mampukah kite melakukannya?)

Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih.

( tempat jatuh lagikan di kenang ini kan pula tempat bkasih syg. mana mungkin hati mampu mlupakn dia yg berada dlm hati meskipun wujud insan lain. dia akn tetap ada jauh di sudut hati. bersemadi kukuh di situ. jgn pernah memaksa org yg kite syg melupakan apa yg dia syg. krn smua org ada kisah lalu. biarkan kisah tu mjadi kenangan paling abadi dlm hidupnya.. jgn sesekali memaksa dia melupakan insan yg pernah btahta dihatinya. krn itu hnya mbuat dia akn btambah sakit.. hnya dgn masa smua nya akn blalu.. smuanya perlukan waktu)

Tiga kisah yang berbeza, terikat dalam satu destinasi..

p/s: wlaupun xdpt tgk cerita ni dgn s'sorg tp dia ttp ada...

6 comments:

NaD said...

uwaaaaaaaaaaaaa...i jugak yg tak tersampai hajat lg nak tingok cite ni. Sabtu aritu balik dari berkurus ingat nak pegi tapi tiket tak book so Mr Fiance kata minggu depan je la pegi.. uhukkk!

sue cipot said...

xperlah.. u mesti tgk tau..
mmg best giler lah Nad..
jgn lupa bawak sapu tgn tau? huhu

Senak Lutut said...

Mmmmm.... semuanya masih mengekalkan nilai-nilai cinta di dalam plot-plot cerita zaman skrg..

...entah kemana hilangnya nilai-nilai kemanusian yg sekian lama dicanang oleh sesetengah "sumbody" tentang dunia hari ini..

kemana arah kita sebenarnya yang mana terus hanyut dibuai oleh perasaan yang dicipta oleh fantasi yang tak berkesudahan...

hanya satu cinta yg kekal.. kepada NYA yang MAHA ESA...!!!

Si Tukang Karut said...

mommi nak tgk tapi kat sini tarak...yang ada citer cina terobang-terobang jerr...

Kakak Tiri said...

Alaaa... nak la tengok.

aku la ros said...

weh mana komen ku smlm..cit..ditelan arus rupanya.. hampeh tul la... best gak citer sepi tu...