Friday, July 4, 2008

..Jangan Terlalu Taksub dgn Harta Dunia..

KUALA TERENGGANU 3 Julai – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dan memiliki heroin, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Maarop menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zainun Mohd. Noor, 42, dan Azaha Abd. Rani, 49, selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pasangan itu di atas kedua-dua tuduhan.
Pasangan suami isteri dari Rantau Panjang, Kelantan itu kelihatan tenang ketika hukuman mati terhadap mereka dibacakan.

p/s: Hadirnya lelaki sebagai pelindung, hadirnya wanita sebagai pelengkap kehidupan seorg lelaki.. biarlah xkaya harta asalkan hidup dlm tenang & gembira.. rezeki allah ada dimana2 tanpa perlu mengambil jalan yg singkat.. Fikir2kan..

3 comments:

zool irfan said...

eh!!! tu org kampung aku tu..

sue cipot said...

uikssss betoi ka abg zool?
pasai apa depa juai dadah?
desakan hidup ker?
juai le cendoi ka, murtabak ka, telur penyu ka, byk lagik

Zu said...

kesian pulak aku tengok pict tue...tp yerr la nak buat cam na kan itu dah salah laki bini